NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suspek Pengeboman Texas Letupkan Diri Sendiri

PFLUGERVILLE, Texas (Reuters) - Suspek di sebalik pengeboman bersiri di Texas, Amerika telah meletupkan diri ketika melarikan diri daripada pihak polis.

Suspek yang dikenali sebagai Mark Conditt dari Pflugerville, Texas telah terlibat dalam siri pengeboman selama tiga minggu, bermula 2 Mac lalu dan menyebabkan dua orang terkorban dan sekurang-kurangnya lima orang tercedera.

Kejadian ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan penduduk Austin, kerana pengebom meninggalkan bungkusan di hadapan pintu rumah sebelum bertukar kepada bom yang diaktifkan dengan wayar trip. Selain daripada itu, sekurang-kurangnya dua bungkusan berisi bom dihantar menggunakan perkhidmatan kurier FedEx.

Pihak polis berjaya mengesan penganggur berusia 23 tahun itu, di sebuah hotel yang terletak 32km di utara Austin, mengekori kereta yang dipandu, sebelum suspek berhenti di tepi jalan dan meletupkan diri sendiri.

Susulan daripada itu, pihak polis telah menggeledah rumah Conditt di Pflugerville, namun proses yang dilakujan terpaksa memakan masa yang panjang kerana dibimbangi rumah tersebut dilengkapi jerangkap samar.

Penduduk di sekitar rumah yang didiami Conditt dengan dua rakan itu, terpaksa dipindahkan buat sementara dan diberi amaran supaya berhati-hati kerana pihak polis tidak mengetahui sama ada Conditt meninggalkan bom di mana-mana.

Dua rakan serumah Conditt dibebaskan dari sebarang tuduhan bersubahat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo