STPM 2017 catat peningkatan



Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.


Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2016.

Beliau berkata, peningkatan itu mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

Katanya, peningkatan itu membabitkan PNGK Nasional, PNGK 3.50 ke atas, PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.75 ke atas, PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas, peningkatan peratus lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran serta peratus lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas.

Bilangan calon yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas pula bertambah kepada 6,408 orang iaitu 14.89 peratus berbanding 6,137 calon (14.20 peratus) pada 2016.



Begitu juga dengan peratusan calon mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkat kepada 40.48 peratus (17,423 calon) pada 2017 berbanding 37.62 peratus (16,263 calon) pada 2016.

“Bagaimanapun, peratusan calon mendapat PNGK 4.00 sedikit menurun iaitu kepada 1.13 peratus atau 485 calon berbanding 1.31 peratus (565 calon) pada 2016.


“Namun, saya menjangka peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam adalah lebih besar kerana peningkatan dan bilangan calon mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada 2016,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2017 di Putrajaya, pada Selasa.

Beliau berkata, bilangan dan peratusan calon mendapat 5A dan 4A menurun kepada 521 calon (1.21 peratus) pada 2017 berbanding 575 calon (1.33 peratus) pada 2016.

“Bagaimanapun, peratusan calon mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat kepada 72.02 peratus berbanding 71.88 peratus pada 2016.

Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget