NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sinar Harian akui buat kesilapan berita Presiden PAS





MERUJUK kepada berita yang disiarkan semalam, Sinar Harian menjelaskan bahawa berita Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibetulkan bagi memberi penjelasan yang lebih tepat.

Mohon semua pembaca kami untuk merujuk laporan yang telah dikemaskini iaitu: 1MDB: Jangan terus hukum

Sinar Harian memohon maaf atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. - SINAR HARIAN

Big bos sinar harian akui kesilapan akhbar itu



BUKAN MUDAH nak jadi AKHBAR yang NEUTRAL seperti SINAR HARIAN.

Hubungan saya & Sinar Harian dengan pemimpin BN/PH/PAS akrab.

Kami raikan perbezaan mereka & akan terus memberi ruang yg adil kpd semua. Kami akan kekal nuetral.

Jika kadang-kadang kami tersalah lapur akan segera kami perbetulkan. Jika perlu mohon maaf, kami tidak akan teragak memohon maaf, kerana kami tiada agenda tersembunyi. Kami telus & tulus. Kesilapan tidak disengajakan. Maklumlah team kami terdiri dari wartawan muda. Mungkin akan Berlaku salah tafsir/kefahaman. 

Sebenarnya nak maintain neutrality ini bukan kerja mudah. Ada saja pihak yg tidak akan berpuas hati. Masing2 punya expectation yang tinggi & berharap mereka dapat liputan lebih besar/banyak. Kami sentiasa berdepan dengan dilema. Jika sesekali kami tersiar cerita yg agak sedikit negatif, walaupun sebelum itu dah ada berpuluh2 cerita positif pasal mereka,kami diserang bagai nak rak. 
Itulah occupational hazard kami.

Tapi kami tak patah semangat & terus soldier on.
Apa pun tuduhan & label yg diberikan kepada kami, saya dengan ini beri jaminan yang saya aksn kekalkan neutraliti SINAR HARIAN. Arahan saya kepada team SH jelas. Jangan memihak. Berlaku adil kepada semua. Jangan sekali2 spin story. 

Kami juga akan teruskan amalan menerima iklan berbayar dari semua partai selagi iklan itu tidak mengutuk partai lawan & tumpukan mempromosi tokoh atau agenda partai masing2 untuk PRU14. Tapi kena bayarlah. Cukuplah kita dah beri publisiti percuma. šŸ˜

Semoga penjelasan ini difahami semua.
But you cannot satisfy all the people all the time. You can only satisfy some people all the time and all people some of the time. 

Terima kasih kepada semua yang menyokong sinarharian/karangkraf selama ini.

Hussamuddin Yaacub

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo