NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor : Azmin kekal tanding Dun, Parlimen


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membayangkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang disandangnya kini.

“Saya beri tiga option(pilihan). Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Jadi, saya tidak pilih Pekan (Pahang) atau Bagan Datuk (Perak),” katanya

Azmin ditanya wartawan ketika ditemui selepas Majlis Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri di Shah Alam, Sabtu.

Sebelum itu Azmin Agak ‘angin’ dengan PAS kerana membawa isu peruntukan ADUN kepada Istana Selangor dan menyifatkan satu penghinaan.

Beliau berkata, PAS tidak sepatutnya mengheret pihak istana kerana beliau sudah meminta semua Ahli DUN parti itu untuk berjumpa pegawai daerah masing-masing.

“Ini soal pentadbiran. Sudah bagi tahu jumpa DO (Pegawai Daerah), bukan jumpa Sultan.

“Ia satu penghinaan kepada istana. Nak maklum apa kepada istana?” katanya

Isnin lalu, PAS Selangor mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Azmin menyekat peruntukan tahunan kepada ADUN parti itu.

Penyerahan itu dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi kepada pegawai pengiring baginda, Kapten Ahmad Ramli Kardi di Istana Mestika, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 2 petang.

Mohamed Azmin berkata, pemberian peruntukkan itu diberikan mengikut prosedur dan peraturan yang betul.
© all rights reserved
made with by templateszoo