NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Reaksi terhadap Trump; China umum cukai barangan Amerika


Presiden Amerika Donald Trump mencadangkan cukai terhadap produk buatan China bernilai hampir $60 billion, semalam. Trump menggelarkan China sebagai 'musuh ekonomi' yang menyebabkan ribuan rakyat Amerika hilang pekerjaan dan keuntungan berbillion dolar.

Sebagai tindak balas, hari ini Kementerian Perdagangan China mengumumkan cadangan mengenakan cukai sejumlah $3 billion terhadap hampir 100 produk keluaran Amerika. Produk seperti buah-buahan, kekacang, wain, besi paip dan beberapa jenis barang lain akan dikenakan cukai sebanyak 15 peratus.

Barangan lain seperti daging khinzir akan dikenakan cukai sehingga 25 peratus, bergantung kepada keputusan Beijing.

Senarai 128 produk yang akan dikenakan cukai oleh kerajaan China, tidak termasuk kacang soya, telefon pintar dan juga produk elektronik lain. Ia membuka kepada kemungkinan kepada gelombang seterusnya dalam reaksi China terhadap Trump, atau sebagai pentas rundingan untuk mengelakkan perang perdagangan.

Menurut Chad Brown, felo senior di Institut Peterson,  barangan bernilai $3 billion yang akan dikenakan cukai oleh China, hanya mewakili 2 peratus daripada eksport US ke China yang berjumlah $130 billion pada tahun lalu.

Walaupun begitu, China memilih dengan teliti, produk yang mempunyai pengaruh politik terhadap Trump. Kebanyakan khinzir yang dieksport ke China  keluaran Nebraska dan kawasan utara Amerika, merupakan tempat penyokong kuat Trump. Manakala buah dan kekacang datang dari California.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo