Ratusan Ribu Sertai Himpunan Henti Keganasan Senjata Api


Washington DC - Ratusan ribu orang awam, pelajar, ibu bapa dan guru menyertai himpunan mendesak henti keganasan senjata api, March for Our Lives, di seluruh Amerika semalam.

Himpunan itu dianjurkan oleh pelajar dan guru yang terselamat daripada serangan yang berlaku pada 14 Februari 2018 di Sekolah Menengah Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida. Seramai 17 orang terbunuh dan 17 orang lagi tercedera dalam kejadian tersebut.

Antara tuntutan yang dikemukakan adalah larangan jualan alat yang membolehkan senapang semi automatik menembak seperti mesingan dan saranan mempertingkatkan keselamatan sekolah. Selain daripada itu, cadangan memperkemas rekod jenayah, agar pembeli senjata api dapat ditapis sebelum pembelian dilakukan.

Seramai 175 000 orang menghadiri himpunan di bandar New York. 30 000 orang lagi di Atlanta dan Pittsburgh. Himpunan ini diadakan di lebih 800 bandar di seluruh Amerika.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget