NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Razali akan kecundang jika bertanding lagi di Muar?



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim berdepan jalan yang sukar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang. 

Ahli Parlimen Muar selama tiga penggal itu menyaksikan majoritinya terus merudum dalam dua pilihan raya terakhir, walaupun kedudukannya kini lebih tinggi sebagai timbalan menteri sejak tahun 2009. 

Walau bagaimanapun, Razali berkata, kejatuhan bilangan undi itu bukannya mencerminkan pencapaian peribadi atau popularitinya, tetapi sebagai tindak balas sentimen anti-kerajaan yang kuat ketika itu. 

Razali mula bertanding dan memenangi kerusi separa bandar itu pada tahun 2004, iaitu tahun BN mencatatkan pencapaian pilihan raya yang paling baik. 

“Saya tanding 2004, saya tak ada jasa kat orang Muar, orang Muar tak kenal saya. Kali pertama saya tanding, masa itu (saya) bendahari bahagian, umur 33, saya menang majoriti 13,415. Saya hebat, hebat la, lebih 13,000, kata Razali kepada Malaysiakini dalam temu bual di kawasannya, Sabtu lalu.

Namun kehebatan itu tidak berulang pada tahun 2008, apabila tsunami politik menghapuskan 65 peratus majoriti undi, meninggalkannya dengan hanya 4,661 undi di depan pembangkang. 

“Jadi kalau kita tengok turun tu kita kerja lagi kuat. Orang lagi suka, orang lagi kenal, lagi turun (jumlah undi),” katanya secara berseloroh merujuk kepada majoriti majoriti 1,646 undi pada tahun 2013. 

“Dia (undi) bukan soal pasal individu. Sebenarnya semua orang tahu ketika itu diwujudkan pelbagai bentuk persepsi (terhadap BN),” katanya.

Menurut Razali, sentimen anti-BN juga adalah bagaimana lawannya pada 2013, Hizwan Ahmad dari PKR, berjaya mendapatkan 19,221 undi walaupun dirinya bukan personaliti atau anak tempatan yang dikenali oleh pengundi Muar. 

Persepsi ini, termasuk kononnya BN adalah korup, bagaimanapun, adalah tidak benar, kata Razali.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo