NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: PAS sedia bentuk kerajaan bersama...



PAS sedia membentuk kerajaan bersama Barisan Nasional (BN) sekiranya parti pemerintah itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata beliau yakin PAS akan menjadi ‘king maker’ atau pencatur utama politik negara.


Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya gabungan pembangkang terbabit mendominasi kerusi PRU14 hanya akan dipertimbangkan selepas itu.

“PAS sanggup bekerjasama dengan parti lain. Dengan siapa kita akan bekerjasama, tunggu keputusan (PRU), tidak tahu lagi kalah atau menang.

“Syaratnya parti tersebut mesti boleh menerima konsep yang kita kemukakan dalam manifesto (Gagasan Sejahtera).


“Mana-mana parti yang boleh menerima perikatan ini, itulah yang akan menjadi rakan kita dalam kerajaan,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera PRU-14 di Astana Banquet Hall, Cyberjaya pada Ahad, malam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Gagasan Sejahtera, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Parti Ikatan, Datuk Seri Mohamad Badri Abd Rahman Abdul Kadir dan Presiden Parti Berjasa, Abd Kadir Mamat.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama dengan PH sekiranya blok pembangkang itu menang PRU, Hadi secara sinis berkata akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Itu (kerjasama dengan PH) kita kena tunggu keputusan pilihanraya. Tidak tahu mereka akan memenangi berapa kerusi,” ujar beliau.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo