NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Pakatan Boleh Menang Di Selangor?


Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kerajaan Pakatan (ie PH dan PAS) di Selangor kini sedang berdepan dengan kemelut kerjasama antara PKR, DAP, dan PAS serta Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan serpihan PAS. .

Umum mengetahui, kerajaan pakatan di Selangor dibina atas nama Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 lalu yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Walaupun PAS didesak untuk meletak jawatan dalam kerajaan negeri, namun parti itu enggan berbuat demikian kerana masih mempunyai “tanggungjawab” kepada pengundi yang memilih mereka ekoran hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bagi mendapat mandat rakyat sebelum ini.

Keadaan bertambah kronik, bila PAS yang masih menjadi sebahagian daripada kerajaan telah “disekat” peruntukan untuk kawasan DUN yang diwakili mereka menjadikan seolah-olah PAS adalah lebih teruk daripada pembangkang dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ini. 

Pada pilihan raya akan datang PRU14, pertandingan tiga penjuru tidak boleh elakkan lagi di Selangor, dengan PAS menegaskan untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi negeri seperti yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Selehen Mukhyi sebelum ini.. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, PAS bertanding di 21 kerusi dan menggandakan 21 kerusi lagi setelah dicabar berbuat demikian oleh sekutunya sebelum ini. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada, PAS memberikan laluan kepada DAP di 14 kerusi yang dikuasai mereka sekarang. 

Tanpa PAS, PH masih boleh menang? kata IDE

Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini mendedahkan jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh enam bulan daripada sekarang Pakatan Harapan (PH) punya peluang untuk mengekalkan kedudukan mereka di Selangor sekali pun tanpa PAS.

Saya tidak pasti, sama ada kajian IDE ini tepat atau sekadar psikologi untuk menyenangkan PH sahaja, tetapi selagi PAS masih dalam kerajaan Selangor, peluang PAS untuk terus diberikan peluang oleh rakyat Selangor tetap ada jika PAS dan Gagasan Sejahtera yang terdiri parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jamiah Islamiyah seMalaysia (Berjasa) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) serta pelbagai NGO termasuk dengan bantuan yang ditawarkan oleh mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dijangka mampu menawarkan satu barisan calon-calon yang boleh diyakini rakyat untuk mentadbir Selangor tiada sebab untuk rakyat tidak berikan satu peluang kepada mereka di Selangor. 

Mengikut Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata, kajian yang dilakukan institusi terbabit (ie. IDE) bukan sahaja merangkumi sentimen sokongan kepada PAS tetapi juga mengambil kira tahap pengetahuan rakyat Selangor terhadap isu-isu politik negara.

“Kalau pilihan raya diadakan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, Pakatan (di Selangor) akan terus menang. Di Selangor tak banyak Felda dan kawasan luar bandar dan tahap celik politik itu tinggi,” katanya pada sesi pembentangan kajian IDE mengenai Isu dan Persepsi Pengundi Selangor Menjelang PRU14.

“Kalau senario seperti ini kerana dengan sokongan berdasarkan kepada tahap kepuasan (PBT kepada kerajaan negeri) dan menilai konteks rakyat Selangor dianggap sebagai jauh lebih berpendidikan.


“Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan buat pendekatan strategik, tak kira dua atau tiga penjuru itu bukan isu sebenarnya. Sebab kita lihat dari segi populariti dari segi MB, dasar dan sebagainya ternyata dalam konteks Selangor tahap kepuasan kepada kerajaan negeri yang ada amat tinggi,” ujar beliau.

Malah katanya lagi, dalam keadaan politik ketika ini, kajian yang dibuat terhadap kadar sokongan rakyat Selangor kepada PAS juga menyaksikan kemerosotan berbanding yang dilakukan sebelum PRU13 lalu.

“Dalam kajian yang kita buat PAS harus berhati-hati kerana (kajian) yang kita dapat (penyokong) yang tinggal hanya penyokong tegar PAS. Dan jumlah daripada kajian kami itu agak merosot daripada sebelum ini dan mereka tidak dapat (undi) penyokong atas pagar.

“Mungkin PAS yakin boleh menang 15 kerusi tetapi keadaan yang berlaku sekarang ni tidak semestinya begitu terutama apabila melibatkan pengundi Cina. Walaupun ada pengundi Cina yang menyokong PAS, tetapi peratusannya semakin merosot,” katanya lagi.

Justeru katanya, faktor PAS sedikit sebanyak tidak akan menggugat kedudukan PH di Selangor kerana tahap kepuasan rakyat negeri itu semakin meningkat jika dibandingkan sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo