NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Mustahil PAS kerjasama dengan Harapan



KLANG - Sesuatu yang mustahil buat Pas untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada PRU14 selepas parti Islam itu teruk dikritik dan dipandang rendah oleh parti komponen dalam Harapan. 

Justeru itu, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, Pas menerima hakikat pada PRU14 nanti bahawa parti itu akan berdepan sekurang-kurangnya situasi tiga penjuru. 

"Setakat ini, kita lihat Harapan mengutuk teruk parti kita.

"Oleh itu, kita tidak perlu lagi fikir untuk bekerjasama dengan mereka, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pertandingan tiga penjuru," katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang seolah-olah kesal dengan Pas yang enggan meneruskan kerjasama dengan Harapan meskipun sudah menghantar Bersatu untuk membincangkan perkara itu sebelum ini. 

Halimah yang juga Exco Pas Selangor merangkap kawasan Kapar berkata, meskipun Harapan berhenti mengutuk dan memperlekehkan Pas, kerjasama antara keduanya juga tidak akan berlaku. 

"Saya fikir ia tak mungkin berlaku. 

"Kita juga tidak perlu bimbang dengan sokongan melayu kerana saya lihat orang Melayu semakin ramai yang hormat dan berjinak dengan Pas kerana kita sebuah parti yang berpegang kepada prinsip," katanya. 

Halimah turut menyeru kepada pengundi agar memberi peluang kepada Pas sebagai sebuah parti yang berpegang kepada budaya politik matang dan sejahtera selain berbakti untuk semua tanpa mengira kaum. 

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, meskipun Pas tidak bekerjasama dengan Harapan di Selangor namun tidak bermakna parti itu perlu bersendirian. 

"Sebaliknya Pas lebih selesa bersama dengan Gagasan Sejahtera untuk menghadapi PRU14 nanti," katanya.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo