NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Kedah milik siapa?




Oleh Shuhaimi Al-Maniri

Keputusan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak memecat Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir selaku Menteri Besar Kedah pada Februari, 2016 bukan sahaja membangkitkan gelombang kemarahan terhadap Umno dan BN di Kedah. 

Tambahan pula, Mukhriz kononnya amat disayangi di Kedah dan pemecatannya mencetuskan kemarahan dan gelombang sokongan kepada pembangkang. Jadi, sokongan kepada Umno dikatakan turun mendadak, malah golongan muda di Kedah membuat pelbagai perhimpunan bagi membantah pemecatan itu.

Ini juga menjadi punca bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun “berkerat rotan” dan “berpatah aramg” dengan Najib Tun Abdul Razak yang dipilihnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudiannya nekad menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Angin perubahan?

Sementara itu, penganalisis politik berpendapat Kedah bakal menjadi negeri paling sengit berdepan pertembungan antara BN dan PH pada PRU akan datang. Mana-mana parti yang menang dijangka hanya akan menang dengan majoriti tipis sahaja.

Dua penganalisis politik membuat penilaian berbeza terhadap peluang Pakatan Harapan (PH) di Kedah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata ada “gelombang besar sokongan” untuk PH dan gabungan 4 parti pembangkang itu kelihatan bersedia untuk menang di Kedah.

Katanya, ancaman kepada BN turut “diburukkan lagi” dengan tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno dan kemudiannya menubuhkan PPBM yang menyertai PH. Bekas perdana menteri itu mempunyai pengaruh besar dan ini mengoyahkan kubu Umno Kedah.

Bagaimanapun, Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Azizuddin Mohd Sani tidak nampak sebarang tanda PH mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Kedah. PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai asas lemah di Kedah. edua-duanya masih parti muda berbanding rakan PH mereka dan juga parti komponen BN. 

“Kebimbangan BN di Kedah terhad kepada kesan saingan yang mungkin timbul dalam kalangan ahli Umno berebut untuk dicalonkan pada PRU14, , BN masih bersatu di Kedah, tetapi beliau mendapati sukar meramalkan jika perpaduan akan kekal selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jika tiada sabotaj dan perbalahan dalaman, BN akan menang” kata Azizudin.

Azizudin berkata pengaruh Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah, beliau mengakui ada kelebihan buat bekas perdana menteri itu, tetapi ia tidak cukup untuk membantu PH menawan Kedah. Parti dalam PH juga tidak bersatu dan mempunyai masalah sendiri.

“Tambahan, hakikat yang masih kekal, PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang dan PAS kuat di Kedah. Jentera Pakatan Rakyat yang sudah dibubarkan, bergantung kepada PAS dahulu. PH menghadapi masalah dari segi jentera pilihan raya.” katanya


Cabaran PAS dan Gagasan Sejahtera


Pelancaran pelancaran Blok Gagasan Sejahtera Negeri Kedah pada 25 Februari 2018


Dari penelitian sepintas lalu, PAS didapati tidak pernah kehilangan kerusi di DUN Kedah sejak 1969. PAS sentiasa ada mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Kedah sejak hampir 50 tahun lalu.

 Majlis taaruf Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Kedah dan beberapa NGO pada 27 Januari 2018

Selepas PRU ke-12 pada 2008, PAS bersama rakannya PKR serta DAP pernah mengetepikan BN untuk kali pertama dalam sejarah dengan menguasai majoriti DUN Kedah. Allahyarham Azizan yang ketika itu menjadi pesuruhjaya PAS Kedah dilantik menjadi Menteri Besar dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PAS . 

Bagaimanapun kemelut dalaman berlaku dan akhirnya melemahkan struktur kepimpinan PAS Kedah. PAS kemudian kehilangan kuasa selepas pru ke13 apabila majoriti rakyat Kedah mengundi mengetepikan mereka dan kembali memilih BN dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Menteri Besar sehinggalah Umno pula berdepan dengan kemelut dalaman.

PAS boleh dianggap sebagai sebuah "kerajaan menunggu" dan bersedia melaksanakan amanah sekiranya diberikan mandat oleh pengundi pada PRU ke-14. Sebagai “kerajaan menunggu”, PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 khusus untuk Kedah yang disempurnakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut baru_baru ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, tawaran manifesto dilakukan sebaik mungkin dengan mengambil kira pengalaman Pas mentadbir kerajaan negeri (2008-2013), kedudukan ekonomi, sosio budaya rakyat Kedah serta cabaran semasa. 

Antara kejayaan Pas ketika mentasdbir Kedah (2008-2013) yang kini menjadi mercu tanda Kedah adalah, Kampus Kolej Universiti Insaniah Kuala Ketil, Aman Central, Hotel Adya Langkawi, Menara Sada, Skim Kafalah, peningkatan hasil balak, penubuhan Maahad Tahfiz Sains Kulim, serta program pembangunan insan Kem Anak Soleh/ Kem Bina Insan dan Kem Bina Sahsiah.

Manifesto kali ini bertemakan ‘Penyelesaian Untuk Kesejahteraan Rakyat' itu mengandungi 15 agenda teras, antara lain merangkumi pentadbiran, hal ehwal agama, pendidikan, kebajikan, ekonomi, air dan tanah perumahan, pembangunan wanita dan keluarga, belia dan pembangunan insan, integrasi kaum, keselamatan dan alam sekitar. 

Gagasan Sejahtera menyenaraikan antaranya sumbangan beras sejahtera, mewujudkan Skim Tabungan Anak Kedah, membangunkan Sungai Kedah sebagai produk pelancongan dan menyelesaikan masalah bekalan air secara berperingkat.

Dr Ahmad Fakhruddin memberitahu, PAS dan Gagasan Sejahtera meletakkan calon di semua 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan 15 parlimen di negeri terbabit pada PRU ke14 nanti. 


Dengan 8 kerusi dun yang dimenangi pada PRU ke13 yan lepas, PAS dan Gagasan Sejahera hanya perlukan tambahan 11 kerusi DUN sahaja lagi. Justeru, PAS Kedah minta supaya tidak memandang lekeh usaha mereka merangka percaturan di negeri berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kali ini, PAS dan Gagasan Sejahtera bertekad untuk meyakinkan rakyat bahawa kami sedia memiikul amanah sebagai kerajaan menunggu dan menunaikan tanggungjawab seperti ketika Kedah bawah kepimpinan Tan Sri Azizan Abdul Razak," katanya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo