NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Ibrahim Ali tanding calon bebas?



KOTA BHARU 16 Mac - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali masih belum membuat keputusan rasmi sama ada ingin bertanding di Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, keputusan itu akan diumumkan selepas usul persempadanan semula kawasan pilihan raya selesai dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Saya akan tunggu selepas usul persempadanan semula kawasan pilihan raya selesai dilakukan. Ini kerana, saya juga perlu menimbangkan banyak faktor contohnya, DUN Chetok dahulunya di kawasan Pasir Mas akan berpindah ke Rantau Panjang.

“Manakala, DUN Meranti (Rantau Panjang) akan bertukar kawasan di Pasir Mas. Jadi, perubahan ini juga melibatkan strategi yang perlu diaturkan kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum merasmikan Kursus Khas K50 dan Penyampaian Watikah Pelantikan Jentera Pelapis Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disertai seramai 750 orang di sini, hari ini.

Tambah Ibrahim, beliau juga mempunyai kekuatan seramai 3,000 penyokong tegar di dua kawasan parlimen berkenaan. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo