PRU14: BN umum senarai penuh calon pada 2 April



Senarai calon lengkap BN dijangka akan diumumkan pada 2 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu lima hari sebelum pelancaran manifesto mereka.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber, majlis pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu akan dihadiri oleh 13 pemimpin kanan parti komponen BN.

Najib juga akan menyampaikan surat watikah kepada calon yang akan bertanding di 222 kerusi parlimen.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan satu majlis pengumuman calon BN akan dibuat sebelum pelancaran manifesto BN.

“Mungkin (umum calon) lebih awal kerana pastinya BN sudah siap sedia (untuk pilihan raya) dan sudah bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

“Senarai nama (calon) sudah ada dengan PM. PM sudah menyempurnakan urusan (senarai calon), cuma terpulang kepada PM.

“Mungkin ada orang buat spekulasi (umum calon) 7 April. Tetapi tidak mustahil PM boleh umumkan lebih awal daripada itu sebab PM dah ready,” katanya.

BN dijadualkan melancarkan manifestonya pada 7 April ini di Stadium Bukit Jalil.

Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran bahawa kemungkinan besar PRU ke-14 akan diadakan seawal hujung April atau awal Mei 2018.

Pada PRU ke-13, Najib melancarkan manifesto BN di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 6 April 2013 iaitu 28 hari sebelum hari mengundi.

Pada PRU ke-12 pula pelancaran manifesto BN disempurnakan oleh perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi di PWTC pada 28 Februari 2008. Ia diadakan 11 hari sebelum mengundi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget