NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU-14 : Semua parti ada peluang di Selangor - Roslan





Semua parti yang bakal bertanding di Selangor mempunyai peluang seimbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS negeri, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, ini kerana pertandingan tiga penjuru melibatkan Gagasan Sejahtera (GAGASAN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka berlaku sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Tidak ada parti yang boleh mengatakan mereka ada kelebihan. Jadi, kalau ada pihak tertentu yang mengatakan bahawa PAS tidak akan mendapat undi bukan Melayu adalah tidak tepat.

“PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong yang menghimpunkan ramai ahli bukan Melayu

‘PAS yakin akan dengan sasaran untuk mendapat undi kira-kira 40 peratus masyarakat India dan 20 peratus masyarakat Cina di Selangor,” katanya kepada Watan Online, pada Rabu.

Roslan berkata, PAS yakin pengundi bukan Melayu bijak menilai kemampuan parti itu sejak kejayaan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kira-kira 10 tahun lalu.

“Masyarakat bukan Melayu di Selangor tahu bahawa PAS bukan parti ekstrem dalam hal ehwal Islam seperti yang digambarkan pihak tertentu,” katanya.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, parti itu sedia bertanding di 42 kerusi pada PRU-14, termasuk meletakkan calon di kerusi Presiden PKR dan Timbalan Presiden PKR.

Sallehen berkata, sebelum adanya PKR, PAS sememangnya berminat berada di banyak kerusi di Selangor. - Watan Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo