PPBM kuasai PH: Wan Saiful Wan Jan bermimpi di siang hari?


Oleh: Dr. Kamarul Yusoff

Terkejut juga saya bila membaca laporan ucapan Timbalan Pengarah Strategi dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan, yang baru sahaja menyertai PPBM 1 Mac lalu, di dalam forum "Trends in the Malay electorate: The urban Malay" semalam, 6 Mac, yang menggesa supaya PPBM dibenarkan mengetuai PH seperti UMNO mengetuai BN bagi meyakinkan pengundi Melayu yang bimbang kepada dominasi DAP di dalam PH untuk mengundi PH.

Ini kerana gesaan begini telah sebenarnya pernah dibuat oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri tahun lalu.

Gesaan Tun Dr Mahathir ini malangnya mendapat reaksi keras daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, yang dilapor pada 22 Mac 2017 sebagai menyatakan bahawa “setiap gabungan perlu mempunyai konsensus dan perkara itu tidak diamalkan oleh BN kini” dan bahawa “tidak timbul kita ikut acuan BN dalam budaya politik PH memang sudah bentuk budaya itu (buat keputusan dengan perbincangan)”.

Begitu juga dengan gesaan Tan Sri Muhyiddin yang turut mendapat reaksi keras daripada Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, yang dilapor pada 22 Mac 2017 sebagai menyatakan bahawa “seperti kita sedia maklum, semua parti di bawah PH mempunyai hak yang sama rata, maka tiada isu parti mana yang akan mendominasi gabungan parti itu”.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, juga telah dilapor pada 6 April 2017 sebagai menyatakan, tanpa sebarang provokasi, bahawa PPBM tidak mungkin akan menjadi ketua dalam PH, PH tidak akan membenarkan PPBM menjadi UMNO 2.0, PH hanya akan memberikan “antara 50 hingga 60 kerusi Parlimen sahaja” kepada PPBM dan PPBM tidak dibenarkan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada parti-parti lain di dalam PH.

Malah, bila timbul cadangan supaya jawatan Pengerusi dan Presiden PH diisi oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri telah dilapor menyatakan pada 14 Jun 2017 bahawa beliau tidak akan bersetuju jawatan Pengerusi dan Presiden PH diisi oleh PPBM” kerana “ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap PH)”.

Jika kenyataan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin sendiri pun telah disangkal keras oleh pemimpin DAP mahupun pemimpin AMANAH, apakah Wan Saiful merasakan bahawa suara beliau lebih kuat daripada suara Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin?

Bermimpi di siang harilah sesiapa yang menyangka DAP akan bersetuju dengan cadangan supaya PH diketuai oleh sebuah parti politik yang berteraskan Melayu.

Apatah lagi bila menyokong kuat DAP dalam perkara ini ialah pemimpin AMANAH seperti yang terbukti di dalam kenyataan Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, pada 26 Mac 2017 bahawa PH “tak pernah timbulkan langsung bahawa ada satu kaum yang harus menjadi teras di dalam PH” dan PH “sudah tidak menjadikan bangsa atau kaum sebagai teras gabungan politik” mahupun di dalam kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, pada tarikh sama bahawa “setiap parti komponen dalam PH adalah rakan kongsi yang mempunyai peranan yang sama rata” dan “PH mahu PH menjadi gabungan atau pakatan beberapa parti yang semua sama kuat dan sama penting”.

Apa pun, tahniah kepada Wan Saiful kerana sekurang-kurangnya nampak macam jantan juga.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget