NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPBM gagal kemuka laporan, berhadapan notis pembubaran?



PAGOH - Bersatu akui gagal menyediakan dua daripada sembilan tuntutan dikehendaki Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan baru-baru ini sebagai syarat membolehkan parti berkenaan bertanding pada PRU14.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana tempoh masa penubuhan parti yang masih belum menginjak setahun menyebabkan mereka sukar sediakan keperluan diminta iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan.

“Contohnya ada sembilan tuntutan perlu dilaporkan termasuk jumlah ahli Bersatu, laporan mesyuarat agung yang telah diadakan dan penyata kira-kira yang sudah diaudit.

Jadi, antara perkara yang mungkin tidak boleh disampaikan iaitu pertama, tentang laporan mesyuarat bahagian.

“Kita dah jelaskan dahulu bahawa parti kita baru ditubuhkan, diluluskan RoS pula pada Julai 2017. Jadi, kalau nak ambil kira, sampai sekarang pun dia belum selesai setahun.

:Mana ada pertubuhan yang kurang setahun dah ada mesyuarat agung. Jadi kalau tak ada mesyuarat agung, apalah laporan kita nak sampaikan?” Katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pejabat Bersatu Parlimen Pagoh, di Pagoh Jaya, di sini, sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, penyediaan laporan mesyuarat cawangan juga adalah sukar kerana ia perlu mendapat kelulusan RoS terlebih dahulu.

“Demikian juga mereka minta satu lagi iaitu laporan mesyuarat cawangan. Untuk pengetahuan, cawangan kita belum tertubuh satu pun, dalam proses.  Tapi kelulusan dah nak diberikan oleh RoS, namun kita belum terima lagi kerana kita belum kemukakan.

“Jadi, dua perkara itu minta macam mana pun bukan tak boleh sempurnakan, tapi status parti tu dalam proses penubuhan.

"Yang inilah mungkin kita tak dapat nak sampaikan kerana tidak ada pun cawangan pun dah didaftarkan. Jadi, saya itu fikir logik dan kita pun berperaturan,” katanya.

Terdahulu, RoS bersedia mengeluarkan notis pembubaran terhadap Bersatu mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan sekiranya parti itu gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki pertubuhan dalam tempoh 30 hari, berkuat kuasa 28 Februari.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo