NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persempadanan tidak jejas peluang PAS


KUALA TERENGGANU -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya tidak banyak menjejaskan peluang parti itu untuk menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata PAS yakin masih boleh memenangi PRU14 menerusi undi golongan muda.

"Kita meletakkan harapan menerusi undi pengundi muda iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi sedia ada," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Rakyat PAS Terengganu di sini, hari ini.

Rabu lepas, usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo