NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persempadanan semula: SPR cuba bantu BN?



Laporan akhir persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Semenanjung dan Wilayah Persekutuan dibentangkan di parlimen hari ini. Terdapat keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dalamnya terdapat dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Amalan itu dilakukan setiap 10 tahun dengan alasan supaya jumlah pengundi setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi yang lebih seimbang. Bagaimanapun, kadang kala proses ini disalah guna untuk kepentingan sebelah pihak.


Persempadanan semula kami ini agak unik kerana tidak melibatkan penambahan jumlah kerusi parlimen, yang memerlukan pindaan perlembagaan dan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Seperti yang kita tahu, BN tidak lagi mempunyai suara sebanyak itu di parlimen.


Disebabkan percubaan menjejaskan potensi PAS menang disesuatu kerusi yang telah dimenangi sebelum ini, memang wajar PAS menolak cadangan persempadanan semula pilihanraya pada kali ini.Perubahan pusat mengundi menjejaskan sesuatu DUN. Penggabungan dan pemecahan pusat mengundi jarang dibuat tetapi semakan laporan persempadanan semula yang dilihat menyaksikan ia berlaku di sesetengah tempat.


Sebagai contoh, di pusat mengundi Pak Sabah, Terengganu, dalam DUN Rantau Abang (PAS menang 141 undi), mempunyai 1,887 pengundi. Berdasarkan petugas pilihanraya PAS dari Terengganu, pusat mengundi melibatkan dua kampung, iaitu Kampung Che Lijah dan Kampung Pak Sabah.SPR memindahkan 1,163 daripada 1,887 pengundi di Pak Sabah ke Sura Gate, pusat mengundi di DUN Sura.Susulan Pak Sabah hanya melibatkan pengundi dari Kampugn Che Lijah, ia diberi nama baru pusat mengundi Che Lijah.


Perubahan di peringkat ini sukar dianalisis kerana pengundi Che Lijah dan Pak Sabah membuang undi di peti yang sama dalam pilihan raya umum lalu. Mustahil untuk diketahui tentang kecenderungan pengundian di kawasan itu.


Bagaimanapun, secara keseluruhan, 59.87 pengundi di kawasan itu cenderung kepada PAS. Mengandaikan 1,163 pengundi dipindah keluar dan akan mengundi dengan dengan cara yang sama, PAS akan hilang 700 undi. Memang di Rantau Abang dengan majoriti tipis 141 undi, pemindahan itu boleh membuatkan PAS kalah kali ini.


Perubahan di peringkat persekutuan

Semakan terhadap laporan persempadanan semula menunjukkan sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen diubah dengan memindahkan DUN antara kawasan parlimen.


Di Perak misalnya, kerusi Sitiawan (dinamakan semula sebagai Astaka) bawah parlimen Lumut dipindahkan ke kawasan parlimen Beruas. Dalam pilihan raya umum lalu, Lumut mempunyai tiga DUN – Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. PKR menang di parlimen Lumut dengan 8,168 undi.


Bagaimanapun, kebanyakan undi PKR datang dari Sitiawan, yang DAP menang dengan jumlah besar 11,820 undi. Pembangkang kalah di Pasir Panjang dan Pangkor. Justeru, tanpa Sitiawan, pembangkang kemungkinan besar akan kecundang di Lumut.


Di Kelantan, kerusi DUN Chetok di Pasir Mas ditukar dengan Meranti di Rantau Panjang PAS menang di Pasir Mas dengan 8,047 undi manakala di Rantau Panjang pula dengan majoriti 6,276 undi. Dengan memindahkan Meranti (PAS menang 3,933 undi) dengan menggantikannya dengan Chetok (PAS menang 1,985 undi), Rantau Panjang akan menjadi kerusi lebih marginal.Sementara Pasir Mas yang sudah sedia selamat akan lebih menjanjikan kemenangan pada parti itu.


Di Selangor terdapat perubahan di l0 kawasan parlimen. Kawasan-kawasan itu adalah Hulu Langat, Serdang (dinamakan semula sebagai Bangi),Puchong, Kelana Jaya (Subang), Petaling Jaya Selatan (Petaling Jaya), Petaling Jaya Utara (Damansara), Subang (Sungai Buloh), Kapar, Klang dan Kota Raja.

Kesemua kiraan di atas berdasarkan keputusan pilihan raya umum lima tahun lalu dan sempadan pilihan raya baru.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo