NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengasas Toys R Us Meninggal Dunia


Pengasas syarikat Toys R Us, Charles Lazarus, 94, meninggal dunia, seminggu selepas syarikat itu mengumumkan penutupan kedainya di UK dan US.

Lazarus mula menjual mainan di pasaraya pada tahun 1957, sebaik sahaja kembali daripada berkhidmat sebagai tentera dalam Perang Dunia ke-dua.

Syarikat Toys R Us mengalami penurunan apabila Lazarus mengambil tindakan untuk meninggalkan syarikat pada tahun 1994. Kedai-kedai online yang tumbuh dengan rancak, turut memberi kesan kepada mereka.

Minggu lalu, syarikat Toys R Us mengumumkan penutupan semua premis kedai mereka di US, seminggu selepas penutupan kedai di UK.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo