NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penasihat Keselamatan Trump Letak Jawatan



HR McMaster telah meletakkan jawatan selaku Penasihat Keselamatan Nasional Donald Trump dan akan diganti dengan mantan duta US ke PBB, John Bolton seperti yang diumumkan oleh Presiden Amerika itu semalam.

Bolton merupakan penyokong kuat penggunaan kuasa ketenteraan terhadap Iran dan Korea Utara serta menunjukkan sikap keras kepada Rusia.

Pengumuman itu dilakukan oleh Trump di laman Twitter beliau. Susulan daripada itu, perubahan pengawal akan berlangsung pada 9 April nanti.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tidak ada sebarang kejadian yang menyebabkan McMaster meletakkan jawatan. Sebaliknya, ia adalah hasil perbincangan di antara beliau dan presiden Trump.

Dalam kenyataannya, McMaster, 55, menjelaskan bahawa beliau akan bersara daripada tentera US dan meninggalkan Rumah Putih. Walaubagaimanapun, terdapat khabar yang menyatakan McMaster dan Presiden Trump berselisih pendapat beberapa kali terhadap isu polisi seperti Afghanistan dan Iran.

Penggantinya, Bolton, 69, menjadi Penasihat Keselamatan Nasional Trump yang ketiga dalam tempoh 14 bulan.

Minggu lalu, Trump telah memecat Setiausaha Negara, Rex Tillerson dan diganti dengan pengarah CIA, Mike Pompeo McMaster telah meletakkan jawatan selaku Penasihat Keselamatan Nasional Donald Trump dan akan diganti dengan mantan duta US ke PBB, John Bolton seperti yang diumumkan oleh Presiden Amerika itu semalam.

Bolton merupakan penyokong kuat penggunaan kuasa ketenteraan terhadap Iran dan Korea Utara serta menunjukkan sikap keras kepada Rusia.

Pengumuman itu dilakukan oleh Trump di laman Twitter beliau. Susulan daripada itu, perubahan pengawal akan berlangsung pada 9 April nanti.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tidak ada sebarang kejadian yang menyebabkan McMaster meletakkan jawatan. Sebaliknya, ia adalah hasil perbincangan di antara beliau dan presiden Trump.

Dalam kenyataannya, McMaster, 55, menjelaskan bahawa beliau akan bersara daripada tentera US dan meninggalkan Rumah Putih. Walaubagaimanapun, terdapat khabar yang menyatakan McMaster dan Presiden Trump berselisih pendapat beberapa kali terhadap isu polisi seperti Afghanistan dan Iran.

Penggantinya, Bolton, 69, menjadi Penasihat Keselamatan Nasional Trump yang ketiga dalam tempoh 14 bulan.

Minggu lalu, Trump telah memecat Setiausaha Negara, Rex Tillerson dan diganti dengan pengarah CIA, Mike Pompeo.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo