NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peluang PH hanya tiga negeri bukan lima, kata penganalisis


Pakatan Harapan dijangka hanya akan mengekalkan Pulau Pinang dan menawan kembali Perak dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 jika dapatan kajian badan pemikir Invoke menjurus kepada sokongan Melayu terhadap Umno-BN merosot. 

Pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UKM) Azmi Hassan berkata,dapatan kajian itu pastinya lebih bersandarkan kepada tertubuhnya dua buah parti seperti Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ia bukanlah satu hasil yang menyakinkan.

“Jika dapatan tersebut bersandarkan sokongan pengundi Melayu yang terarah kepada Bersatu dan AMANAH yang berjaya menarik pengundi Melayu dikalangan Umno dan PAS maka bukti sahih tidak dapat diberi. 

“Ini kerana Bersatu dan AMANAH masih belum dapat dibuktikan dalam mana-mana PRU sebelum ini, terutama sekali AMANAH jika dikaitkan dengan dua Pilihan Raya Kecil (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebelum ini,” ujarnya.


Beliau diminta mengulas mengenai dapatan hasil kajiselidik yang dibentangkan badan pemikir Invoke dalam forum “GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?” yang diadakan pada Jumaat. 

Kajiselidik dilakukan terhadap 2,000 responden itu mendapati sokongan Melayu terhadap BN menurun kepada 28.5% bulan lalu berbanding 41% pada Disember tahun lepas. Sokongan Melayu terhadap PH naik kepada 14.1% berbanding 9.9% dalam tempoh sama. 

Pengasas Invoke Rafizi Ramli mendakwa penurunan sokongan pengundi Melayu dengan kadar 6% setiap bulan antara Disember dan Februari itu, hanya pernah berlaku menjelang pilihan raya umum 1999 ketika PAS menawan dua negeri. 

Keputusan juga menunjukkan PH akan mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang, dan memasukkan Kedah, Johor dan Perak negeri yang bakal dikuasainya. 

Mengulas lanjut mengenai dapatan Invoke itu lagi, Azmi berkata, jika jangkaan bahawa Kedah dan Perak akan ditawan PH, kajiselidik itu kemungkinan ada kebenarannya. 

Bagaimanapun ujarnya lagi, krisis kepimpinan kerajaan negeri di Kedah dan Perak yang pernah berlaku sebenarnya memberikan kesan bukan sahaja kepada PH tetapi turut membabitkan BN. 

“Oleh kerana situasi politik Kedah dan Perak yang pada ketika ini agak genting dan ada turun naiknya, bukan sahaja bagi BN tetapi juga Pakatan Harapan maka dapatan kajian kemungkinan ada kebenarannya. 

“Mengenai Johor walaupun sebelum ini nampaknya Pakatan Harapan tiada berkeyakinan terhadap Bersatu dan AMANAH. 

“Namun dengan agihan kerusi terhadap Bersatu yang diberi tanggungjawab besar kerana lebih kerusi Parlimen dan Negeri , belum tentu Johor boleh ditawan,” ujarnya. 

Pada PRU13, BN memenangi 38 kerusi Dun Johor manakala bakinya 13 dipegang DAP, Pas(4) dan PKR (1). Berikutan tindakan keluar parti, kedudukan terkini Dun Johor adalah BN mempunyai 37 kerusi, DAP (13), PAS (3), Bersatu dan AMANAH masing-masing satu kerusi. 

Bagaimanapun beliau berkata, PH mempunyai peluang yang besar untuk kekal berkuasa di Pulau Pinang sebaliknya bagi Selangor peluang itu akan tergugat kerana krisis antara PKR dan PAS di negeri itu. 

“Pulau Pinang punyai peluang besar untuk Pakatan Harapan kekal kerana bersandarkan kekuatan DAP. 

” Tetapi Selangor masih menjadi tanda tanya kerana faktor Pas. Kedudukan Selangor bergantung bagaimana BN mencuri peluang dan bagaimana PAS pula atur percaturan. 

“Ini kerana PAS dikatakan sebagai parti pengacau di Selangor…situasi itu akan menentukan kemenangan atau kekalahan Pakatan Harapan kelak,” ujarnya. 

Beliau turut berkata, sebarang kajian pastinya ada kaveat (sempadan) kerana ia boleh dimanipulasi oleh pihak yang menjalankan setiap kajian. 

“Mana-mana hasil kajian boleh dijadikan panduan tetapi tidak boleh digunakan sebagai sumber tunggal yang memberi gambaran sebenar. 

“Kita bercakap berpandukan kepada kekangan tersebut (kaveat) maka jika sasaran kemenangan Pakatan Harapan itu bersandarkan kepada pengundi Melayu yang berkait dengan kemunculan Bersatu dan AMANAH ia belum tentu tepat. 

“Tidak ada petanda pengundi Melayu akan tolak Umno sebagaimana pernah berlaku pada tahun 1999. 

“Tetapi masalahnya tiada tanda pengundi setia Umno dan PAS kali ini akan berhijrah secara beramai-ramai. Keadaan ini (penghijrahan) juga tidak sama ketika PRU13 yang jelas menunjukkan ada tanda berlaku perubahan cita rasa dikalangan pengundi Cina… 

“Dan ia tidak boleh disimpulkan atau menjadi pengukur kemungkinan pula akan berlaku perubahan kepada pengundi Melayu pada PRU14 sehingga PAS tidak menang satu kerusi pun.”ujarnya.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo