NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelancaran Himpunan Anak Muda Selamatkan Tanah Rizab Melayu - Himpunan Tanah Melayu



PELANCARAN HIMPUNAN ANAK MUDA SELAMATKAN TANAH RIZAB MELAYU - HIMPUNAN TANAH MELAYU

Sekretariat Ummah Siswa Malaysia (UMMAH SISWA), sayap belia kepada Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengadakan HIMPUNAN ANAK MUDA SELAMATKAN TANAH RIZAB MELAYU - HIMPUNAN TANAH MELAYU* pada bulan April ini di KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, bagi mengumumkan tarikh himpunan yang bakal diadakan kepada masyarakat dan anak muda, satu sidang media khas akan diadakan bersama rakan-rakan media pada hari Ahad ini.

Berikut merupakan butiran program:

PELANCARAN HIMPUNAN ANAK MUDA SELAMATKAN TANAH RIZAB MELAYU - HIMPUNAN TANAH MELAYU
11 Mac 2018 | Ahad | 3.30pm
Hadapan SOGO, KL.

UMMAH SISWA dengan ini menjemput semua rakan-rakan mahasiswa, rakan-rakan media, rakan-rakan NGO, dan aktivis-aktivis masyarakat untuk hadir bersama dalam pelancaran himpunan yang bakal diadakan.

Tokoh yang turut akan hadir memberikan ucapan ialah :

Haji Aminuddin Yahaya
_Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)_

Terima kasih di atas perhatian daripada rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Segala maklum balas daripada pihak rakan-rakan sekalian, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

FAIZZUDDIN ZAI/ http://www.wasap.my/60142374002
Pengerusi Sekretariat Ummah Siswa Malaysia - UMMAH SISWA

P/s :

Alhamdulillah kita telah dapat kebenaran daripada pihak IPD Dang Wangi dan mereka akan hadir jaga mahasiswa pada hari tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo