Peguam Amanah yang tersasar dalam isu murtad di Sarawak?

oleh: Dr. Kamarul Yusof

Bersungguh-sungguh benar nampaknya pemimpin AMANAH menjulang tulisan peguam mereka, Dr Zulqarnain Lukman, bertajuk “ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak”, yang membela tindakan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, menjadi juru cakap kepada Pakatan Harapan Sarawak di dalam isu penukaran agama dari Islam ke Kristian sehingga tulisan ini dimuatkan di laman Facebook rasmi dan laman Website rasmi AMANAH.


Paling ditonjolkan oleh para pemimpin AMANAH adalah perenggan tulisan Dr Zulqarnain berikut: “Sewaktu membuat kajian NHRAP, ada aduan diterima daripada masyarakat di sana mengenai isu ini yang mana mereka mengadu kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka. Ini kerana mereka menyatakan bahawa hanya nama dalam kad pengenalan mereka yang mirip nama orang Islam tetapi mereka tidak pernah beramal dalam agama Islam.”


Malah, Dr Zulqarnain sendiri, sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengomen bernama Jamal Ibrahim, mengenai “patutkah digubal suatu prosedur bagi membolehkan umat Islam keluar dari Islam apabila riddah itu dilarang keras dan hukumannya yang sebenar dalam syariat Islam adalah dibunuh”, menjawab begini: “SOP ini bukan SOP untuk riddah. SOP ini untuk tentukan status seseorang itu sama ada dia masih Islam atau sudah bukan Islam”.

Hakikatnya, kenyataan Dr Zulqarnain bahawa “SOP ini bukan SOP untuk riddah. SOP ini untuk tentukan status seseorang itu sama ada dia masih Islam atau sudah bukan Islam” ini jauh berbeza dari kandungan penuh kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak semalam yang mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela”.

Disebutkan dengan jelas dan terang di dalam kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak semalam bahawa “Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori (1) Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam; dan (2) Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam”.

Oleh itu terbuktilah Dr Zulqarnain dan pemimpin AMANAH tersasar atau sengaja cuba mengelabui mata umat Islam dengan menyebut “SOP ini bukan SOP untuk riddah” sedangkan “SOP ini memang SOP untuk riddah” kerana jelas disebutkan di dalam kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak itu bahawa selain SOP itu diperlukan untuk “mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam”, ia juga diperlukan untuk “mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam”.

Nak cover line dan buat damage control pun telitilah betul-betul dulu, wahai Dr Zulqarnain dan pemimpin AMANAH.
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget