NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tak layan fitnah




PASIR MAS - PAS tidak melayan tomahan dan fitnah yang dilemparkan pihak tertentu berhubung dakwaan rakaman audio suara didakwa milik Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerima sumbangan Umno.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, daripada memikirkan perkara itu lebih baik PAS memberikan tumpuan kepada agenda membela rakyat serta persiapan menjelang PRU14.

"Kepentingan memperjuangkan hal-hal berkaitan dengan rakyat lebih penting daripada soal itu.

"Lagipun, rakaman itu hanya melibatkan suara sahaja, tidak mempunyai gambar dan kurang jelas percakapannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah Bangkit Pertahan Kelantan di Kampung Jias di sini malam tadi.

Ceramah itu turut disertai oleh Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, beliau mencabar pihak berkenaan mengemukakan bukti selepas tuan punya badan menafikan dakwaan tersebut beberapa hari lalu.

Katanya, dalam Islam orang yang membuat tuduhan itu perlu mengemukakan bukti bahawa suara tersebut adalah milik Nik Abduh.

"Bukannya, orang yang kena tuduh (Nik Abduh) mengemukakan bukti," katanya.--SinarHarian










________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo