PAS: Azmin Politikkan Wang Peruntukkan  - Khalil




Jika tidak kerana politik kotor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, PAS tidak perlu bersusah payah mengadu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan tindakan sekatan peruntukan wang ADUN kepada wakil rakyat parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan Azmin supaya tidak perlu merumitkan keadaan dan menafikan hak yang sepatutnya diterima oleh ADUN PAS di Selangor.

“Apa yang dilakukan oleh Azmin itu sepatutnya tidak berlaku begitu.

“Sepatutnya tidak dipolitikkan. Itu hak kepada ADUN bagi mendapatkan saluran dan salurkan kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera di Shah Alam, pada Ahad.

[ads-post]

Bergambar-ramai selepas tamat Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera

Sebelum ini hangat dilaporkan kesemua ADUN PAS terpaksa menggunakan wang peribadi mereka untuk menjalankan program-program mesra rakyat hingga mencecah hampir RM700,000.

Lantaran itu,  PAS Selangor terpaksa menyerahkan satu surat rasmi kepada Sultan Selangor bagi mengadu  sekatan peruntukan tahunan kepada wakil rakyat parti pada pertengahan Mac lalu.

Bagaimanapun, semalam ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman memberitahu, semua wakil rakyat PAS sudah mula mendapat peruntukan itu daripada kerajaan pimpinan Azmin.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget