Parti laksana Islam wajib dipertahan – Ustaz Azhar Idrus


KOTA BHARU: Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berharap rakyat Kelantan mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang pada PRU14 tidak lama lagi.

Serunya, parti yang memerintah mengikut kehendak Islam wajib dipertahankan di mana Kelantan telah menjadi contoh dalam aspek pentadbiran Islam di Malaysia.

"Perkara yang baik mesti dipertahankan termasuk kerajaan Kelantan. Insya-Allah ada ganjarannya kerana membantu menyebarkan agama Allah," ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat sempena Himpunan Bangkit Pertahan di Padang Perdana hari ini.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Dato’ Abdul Fattah Mahmood serta para pimpinan PAS.

Ustaz Azhar juga mahu rakyat di negeri itu menolak pemimpin yang memperlekehkan undang-undang Islam pada PRU14 ini.

“Golongan itu mesti ditolak kerana mereka lebih pandai daripada Allah Yang Maha Esa. Adakah patut mendakwa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan?

"Kenyataan itu menggambarkan dia lebih pandai dari Allah. Golongan ini mesti ditolak,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2018

Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget