NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pahang: PH selesai bahagi kerusi, PKR ketuai misi tawan negeri


PKR akan mengetuai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pahang apabila meletakkan 14 calon daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran perdana menteri itu. 

Di bawah parlimen Pekan, BERSATU akan bertanding dua kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing akan bertanding satu kerusi DUN. 

Secara keseluruhan, Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 11 kerusi, BERSATU (sembilan) dan DAP (lapan). 

Pengerusi HARAPAN Pahang dan Anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman mengumumkan agihan kerusi tersebut dalam sidang akhbar di Kuantan hari ini. 

Pada pilihan raya umum 2013 lalu, PAS mengetuai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat bertanding 21 kerusi DUN. 


Pada PRU14 mendatang ini, PAS memilih menjadi kuasa ketiga melalui gabungan Gagasan Sejahtera untuk bertanding melawan HARAPAN dan Barisan Nasional.

Daripada 21 kerusi yang ditandingi PAS sebelum ini, parti AMANAH akan bertanding sembilan, termasuklah tiga kerusi yang dimenangi PAS pada 2013, iaitu DUN Kuala Semantan, Tanjung Lumpur dan Beserah. 

ADUN Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamed telah melompat ke AMANAH, manakala PAS menang di Tanjung Lumpur, sebuah kerusi majoriti Melayu dengan majoriti kecil undi 796 undi. 

AMANAH juga akan bertanding di DUN Dong yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 481 undi sahaja. 

Parti serpihan PAS itu juga akan bertanding di DUN Pelangai, kerusi yang disandang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dengan majoriti 1,475 undi. 

https://www.malaysiakini.com/news/416070

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo