NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Media semakin melampau terhadap PAS



Oleh: Hj Idris Hj Ahmad

Apabila PRU sudah dekat, PAS menjadi sasaran media cetak dan portal. Face book usah dikiralah. Macam-macam nama akaun FB, sehingga gerun kita hendak baca nama pemegang akaun FB itu. Mungkin itulah nama yang dia suka untuk dipanggil di akhirat nanti. PAS tidak minta dipuji dan tidak minta dilapor pun. Tetapi yang PAS minta hanya jujur dalam pemberitaan. Jika benci sangat dengan PAS tidak perlulah kutip berita daripada PAS. Anggaplah PAS seperti tiada di persada politik di negara ini. Bukankah kajian mereka menunjukkan PAS tidak ada masa depan. Apalah hendak kisah dengan PAS, parti kerdil ini

Kenyataan pimpinan PAS dinanti, untuk diputar belitkan supaya membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Cipta tajuk yang boleh memberi imej buruk kepada PAS. Cyber troopers mereka bersedia menanti untuk putar dan sebar ke seantero dunia. Lepas dibantah, maka ditarik balik, tukar tajuk dan minta maaf. Ini tektik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Apa yang penting, berita buruk disebarkan dahulu. Kebiasaan manusia akan mudah ingat pada berita yang pertama sampai, pembetulan sudah tidak berapa kisah. Pada mereka tidak ada dalam kamus hidup, dosa atau pahala, syurga atau neraka.

Mereka fikir PAS akan mati dengan fitnah. InsyaAllah PAS tidak mati dengan fitnah ini, selagi PAS berpegang dengan dasar Islam. Sebaliknya pemfitnah akan mati di dalam keadaan yang hina jika mereka tidak bertaubat dan memohon maaf. Jika mereka dibiayai oleh mana-mana pihak, maka ia akan menjadi darah daging mereka dan darah daging anak isteri mereka hasil kerja jahat mereka. Paling malang sekali yang menjadi cyber troopers yang tidak bergaji, tetapi bertugas untuk mencipta fitnah. Dunia pun tak dapat, akhirat entah ke mana.

Hj Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo