NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto Gagasan Tampil Solusi Cara Islam 



Oleh Syakirin Daud

Manifesto Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang bakal dilancar akan mengetengahkan Islam sebagai penyelesai kepada permasalahan negara, ujar Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki. 

Menurut beliau, manifesto GAGASAN yang bertemakan ‘Malaysia Sejahtera’ itu berusaha untuk mengubah persepsi pihak lawan yang sering memomokkan Islam sebagai sebuah agama bersifat menghukum. 

“Kita mahu menampilkan Islam sebagai penyelesai masalah yang kita hadapi, bukan seperti yang dimainkan pihak media dan lawan politik PAS dan Gagasan Sejahtera iaitu Islam bersifat menghukum. 

“Jadi Islam yang kita tunjukkan dalam manifesto ialah Islam yang akan beri keharmonian, menyelesaikan masalah ekonomi, hutang negara, sosial dan sebagainya,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Manifesto PAS di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Timbalan Presiden GAGASAN, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hampir 30 peratus daripada manifesto Gagasan Sejahtera diperuntukkan untuk kepentingan golongan muda. 

Beliau berkata manifesto tersebut akan turut memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi golongan muda masa kini termasuk isu perumahan. 

“Sasaran utama Gagasan Sejahtera para pilihan raya akan datang ialah golongan belia di bawah umur 40 tahun. 

“Jadi manifesto kita turut menawarkan penyelesaian kepada masalah golongan ini termasuk kos bebanan pendidikan seperti PTPTN, kos bebanan sara hidup dan isu perumahan mampu milik,” ujar beliau. 




© all rights reserved
made with by templateszoo