NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa Mahathir berakhir; tol berterusan



Veteran politik PAS, Subky Latif geli dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Manifesto Harapan tanpa tol.

Ini katanya kerana tol itu dasar Mahathir dan lebuh raya bertol itu adalah seperti anak yang Mahathir lahir dan bidani sendiri samalah seperti membidani Mukhriz dan anak-anaknya yang lain.

Melalui kolumnya di portal rasmi PAS, Subky menulis sebagaimana orang tidak terfikir Mahathir akan terjerumus ke lembah pembangkang, orang tidak terfikir Mahathir menjadi pengerusi perangka manifesto untuk membatalkan tol.

“Tidak pelik bagi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Lim) Kit Siang dan PAS yang bersendirian sekarang untuk memansuhkan tol. Itu yang pembangkang mahu sejak sistem tol itu diguna dan ia yang Anwar tuntut sejak PKR ditubuhkan.

“Maka tol bagi Malaysia sepanjang 30 tahun ini adalah selari dengan politik dan pentadbiran Mahathir,” katanya.

Tegas Subky, selagi berkuasa, Mahathir tidak terfikir tol itu akan berakhir dengan konsesi dan bebannya yang tidak terkira, tidak diketahui bila akan habis.

“Kuasa Mahathir berakhir tetapi janji tolnya berterusan. Dia akan mati, tetapi tol payah mati dan ditinggalkannya untuk diwarisi rakyat,” katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo