Kepentingan negara didahulukan, Presiden Mauritius letak jawatan




PORT LOUIS: Presiden Mauritius, Ameenah Gurib-Fakim akan meletak jawatan selepas terbabit dalam satu skandal kewangan, kata Perdana Menteri Pravind Jugnauth hari ini.

Gurib-Fakim, satu-satunya ketua negara wanita di Afrika, dituduh menggunakan kad bank disediakan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat pembelian peribadi.

Beliau dijangka meletak jawatan selepas majlis ulang tahun kemerdekaan ke-50 negara itu 12 Mac ini.

"Presiden memaklumkan saya, beliau akan meletak jawatan dan kami bersetuju dengan tarikh pengundurannya.

"Kepentingan negara didahulukan," kata Jugnauth di sini namun tidak mendedahkan tarikh yang dipilih.

Gurib-Fakim, 58, mengambil alih jawatan itu pada 2015 dan muncul wanita pertama berbuat demikian dalam sejarah Mauritius.

Seorang saintis dan pakar biologi terkenal di peringkat antarabangsa, Gurib-Fakim menerima tekanan sejak akhbar harian L'Express mendedahkan dokumen bank menunjukkan pemimpin itu menggunakan kad kredit diberikan kepadanya oleh Planet Earth Institute berpusat di London untuk membuat pembelian peribadi bernilai ribuan dolar.

NGO itu dibiayai jutawan kontroversi Angola, Alvaro Sobrinho yang turut disiasat dalam kes penipuan. -AFP











________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget