NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Lim Kit Siang marah Presiden PAS bila dia didakwa nak jadi Perdana Menteri bila dia sendiri pernah dakwa Presiden PAS nak jadi Perdana Menteri?


Marah nampaknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilaporkan mengulas mengenai pendedahan pihak lain bahawa Lim Kit Siang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Melampau pula kemarahan Lim Kit Siang ini sehingga sanggup menuduh Datuk Seri Abdul Hadi, kononnya di dalam usaha untuk mengelakkan DAP dari berkuasa, menyokong UMNO dikekalkan di dalam PRU 14.

Walhalnya, Lim Kit Siang sendiri pernah, pada 13 Jun 2016, mendedahkan kononnya Datuk Seri Abdul Hadi berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun tidak memberikan apa-apa bukti terhadap dakwaan ini.

Tidak logik bila Lim Kit Siang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi kini menyokong pemimpin UMNO dikekalkan sebagai Perdana Menteri bila beliau sebelum ini mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi mahu jadi Perdana Menteri.

Tidak boleh difikirkan macam mana seseorang yang didakwa mahu jadi Perdana Menteri boleh, pada masa sama, didakwa menyokong orang lain untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang dibuat oleh Lim Kit Siang.


Itulah Lim Kit Siang, boleh sahaja beliau menuduh orang lain, tetapi bila tuduhan serupa dibuat terhadap beliau tidak boleh pula. Atau apakah beliau sudah lupa apa yang beliau tuduh terhadap Datuk Seri Abdul Hadi dulu?
( Hide )
  1. Assalamualaikum.
    Takkan tiada pimpinan PAS yang muda (bukan warga emas) untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Mentelah lagi, pemerintahan bukan terletak pada bahu PM semata-mata. Keputusan apa pun adalah pada majlis mesyuarat. Oleh itu, presiden tak semestinya tercalon menjadi PM.
    Satu pandangan sahaja. Ikhlas.
    Terima kasih.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo