Husam perlu buktikan tuduhan



SHAH ALAM - Husam Musa perlu membuktikan kebenaran tuduhan dilemparkan terhadap Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bukannya membebankan tuduhan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut.

Timbalan Pengarah Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebarang pembuktian terletak di bahu yang menuduh kerana Husam mungkin lebih tahu mengenai asal-usul kewujudan rakaman audio tular di media sosial yang dikatakan mirip suara Nik Mohamad Abduh itu.

“Husam yang menuduh sepatutnya dia perlu membuktikan dakwaan itu betul bukan hanya tuduh tetapi suruh kita bukti. Kita hendak bukti apa? Husam yang tuduh dan Husam yang tahu audio itu asal dari mana, kita tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu apabila mengakui rakaman audio tular di media sosial mendakwa Nik Mohamad Abduh menerima sejumlah wang daripada Umno, berpunca daripadanya.

Mengulas lanjut isu rakaman audio tersebut, Ahmad Amzad menyifatkan dakwaan tersebut tidak munasabah kerana rakaman itu dikatakan dibuat dalam perjumpaan sulit tetapi nada suara mirip Nik Mohamad Abduh itu tidak menggambarkan suasana sedemikian.--SinarHarian










________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget