NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ghairah kuasai PH, PPBM gagal hantar laporan ROS





MAHATHIR LEBIH BERMINAT TUNGGANG PH DARI SELESAIKAN MASALAH PPBM DENGAN ROS

Disebalik keghairahan PPBM untuk menguasai majoriti kerusi PH untuk menyertai PRU-14, status parti paling junior di Malaysia ini masih terumbang - ambing berikutan masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beberapa ahli parti ini membuat laporan mengenai kegagalan organisasi mereka dipelbagai peringkat untuk membuat mesyuarat Agung Tahunan sejak 2017. Hingga kini mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ROS, iaitu menghantar laporan Mesyuarat Agung berkenaan.

Malah sebahagian besar cawangan parti itu dilapor masih gagal didaftarkan.

Semalam ROS memberikan amaran untuk membubarkan PPBM jika mereka masih gagal menyerahkan laporan yang diminta sekaligus akan menyebabkan PPBM tidak boleh menyertai PRU atas tiket parti mereka.

Ini bukan kali pertama ROS memberikan amaran, namun tiada tindakan diambil. Nampaknya PPBM memang tidak serius untuk mempertahankan pendaftaran parti mereka, dan memilih jalan yang lain demi merampas kuasa dari Najib.

Sejak Januari 2018 lagi mereka sudah bekerja melobi dan membina pengaruh dalam PH. Bermula dengan merampas kerusi calon PM dari PKR mengunakan Mahathir.

Kemudian berebut majoriti kerusi dari parti lain dalam PH untuk bertanding dalam PRU14. Mereka berjaya menewaskan PAN bagi senarai kerusi Parlimen dan DUN dibeberapa negeri walaupun PAN lebih stabil dan tiada masalah dengan ROS.

Kemudian pada Februari mereka berjaya gunakan PH untuk membalas dendam dengan menyaman ROS atas alasan agensi Kerajaan itu lewat memproses permohonan penubuhan PH.

21.2.2018 : PH saman ROS sebab masih tidak luluskan pendaftaran PH.

09.2.2018 : ROS beri amaran bubar PPBM jika gagal serah laporan mesyuarat Agung.

PPBM sedar yang parti mereka akan dibubarkan memandangkan bukan mudah untuk mereka selesaikan tuntutan ROS berhubung laporan Mesyuarat Agung tu.

Jadi, merealisasikan penubuhan PH adalah pilihan yang mereka ada jika mahu bertanding dalam PRU14 tanpa mengunakan bendera parti lain.

Mahathir dan konco-konconya sebenarnya tidak peduli jika isu pendaftaran PPBM ni selesai atau tidak kerana mereka lebih sibuk untuk menunggang PH bagi mendapat kuasa dalam PRU14.

By hook or by crook, mereka akan sertai PRU14, jika menang mereka boleh tekan ROS untuk tidak menggangu mereka. Tapi kalau kalah, silap hari bulan PPBM akan bungkus dan kembali pada Umno atau cipta parti baru.

Apa pun Rakyat perlu lihat parti ini. Inilah contoh parti paling kucar kacir dalam Malaysia tapi gila nak berkuasa. Semua dia nak kuasai termasuk dalam PH tapi parti sendiri masih gagal diurus dengan baik.

Bayangkanlah jika parti yang memimpin PH ini berkuasa dan mentadbir Malaysia. Mengharapkan Mahathir seorang sahaja tidak cukup untuk menguruskan Negara. Ditambah lagi dengan pelbagai manifesto yang kabur dari PH.

Herman Samsudeen
Ampang Puteri
10 Mac 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo