NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FAM: TMJ tidak perlu tergesa-gesa



KUALA LUMPUR 17 Mac - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi merayu Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden badan induk tersebut. 


Yusoff berkata, untuk mencari Presiden FAM sebagai pengganti yang berketrampilan dan memiliki kredibiliti tinggi bukanlah satu tugas mudah memandangkan tanggungjawab yang dipikul bukan sekadar untuk memastikan ranking skuad kebangsaan tidak jatuh tetapi juga memerlukan pengaruh Tunku Ismail bagi membawa masuk penajaan.


Katanya lagi, jika Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu benar-benar mahu meletak jawatan, beliau perlu mendapatkan persetujuan bersama daripada barisan exco terlebih dahulu, perkara yang sama dilakukan ketika bekas presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu melepaskan kerusi No. 1 badan induk tersebut pada 2015. 

“Isu peletakan jawatan ini berada di fasa cakap-cakap melainkan TMJ menghantar surat peletakan jawatan dan jika itu berlaku kami, barisan exco perlu menghalangnya daripada berbuat demikian. 

“Perkara yang sama berlaku ketika Tengku Abdullah mahu melepaskan jawatannya di mana kami (barisan exco) meminta beliau menangguhkan dahulu hasratnya (selepas menghantar surat peletakkan jawatan) dan dalam tempoh tersebut Datuk Seri Affandi Hamzah (bekas Timbalan Presiden FAM) memangku tugas Presiden FAM. 

“Tiada keperluan untuk barisan exco berjumpa dengan TMJ kerana beliau belum meletakkan jawatan secara rasmi (bertulis). Kalau beliau hantar surat keadaan akan jadi berbeza. 

“Saya berharap Tunku Ismail tidak meneruskan hajatnya itu kerana saya lihat beliau merupakan individu yang bijak dalam mencari dana untuk FAM dan saya tidak nampak individu lain yang boleh menggantikannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam nada sinis berkata, sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan kerusi No. 1 badan induk tersebut selepas ranking Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga untuk berada di tempat ke-178 dunia dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan FIFA, kelmarin 

Menurut Yusoff, isu peletakan jawatan itu tidak sepatutnya timbul, namun gara-gara sesetengah pihak yang suka menyalahkan Tunku Ismail setiap kali ranking skuad kebangsaan jatuh telah menyebabkan beliau berasa kecewa dan tidak dihargai. 

“Jangan disebabkan satu kelemahan tutup 10 kebaikan yang telah TMJ lakukan. Saya fikir beliau mahu meletak jawatan kerana kekecewaan peribadi. Bagi saya, sesiapa pun yang jadi presiden memang tidak boleh mengubah ranking Harimau Malaya ke arah lebih baik dalam tempoh yang singkat,” katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo