NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr M mengaku PH minta campur tangan asing



KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan mengakui meminta pertolongan asing, terutama media luar untuk membangkitkan perkara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mereka terpaksa berbuat demikian kerana media tempatan tidak melaporkan perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini. Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dr Mahathir ditanya berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Mac lepas bahawa pakatan pembangkang meminta campur tangan asing bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional serta menganggapnya sebagai langkah politik pengecut.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Pakatan Harapan mendakwa mereka berbuat demikian kononnya mahu membawa perubahan tetapi menampilkan pula tokoh terkenal dengan banyak salah laku ketika pemerintahannya.

-- BERNAMA.....

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo