DAP dedahkan skandal Maminco Dr Mahathir



Sebelum kita menyokong atau menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB, langkah terawal yang perlu diambil ialah mengenali tokoh berkenaan terlebih dulu. 

Untuk generasi sekarang yang berasa takjub kepada keberanian Dr Mahathir melawan Najib, mungkin mereka tidak pernah membaca atau malas menyelak sejarah tokoh berkenaan.

Serangan Mahathir pada Najib boleh disifatkan seumpama kuali mengata belanga hitam. Bezanya cuma, zaman ketika dia memerintah, Mark Zuckerbenrg masih belum mencipta Facebook. 

Ketika Dr Mahathir memerintah, segala maklumat hanya sampai kepada rakyat melalui 2 wadah – televisyen dan akhbar harian. Justeru kedua-dua wadah itu dikawal dengan cukup rapi oleh Dr Mahathir.

Suatu ketika dulu saluran televisyen hanya apa yang disediakan oleh RTM. Setiap hari tugas RTM hanyalah menyebarkan propaganda parti pemerintah.

Pernahkah parti pembangkang muncul dalam TV pada zaman Dr Mahathir dulu?

Begitu juga media cetak yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan Dr Mahathir. Kalaupun ada akhbar pembangkang yang agak berpengaruh, ianya adalah Harakah terbitan PAS.


Banyakkan bertanya

Namun cubalah bertanya lagi: Berapa kalikah permit Harakah ditarik atau dibatalkan ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri?

Untuk pengagum Dr Mahathir, mari kita bersama-sama memahmi konteks ini dulu sebelum menyatakan sokongan padu kepada beliau hanya kerana giat mempersoalkan cara Najib mengurus kerajaan.

Ketika Dr Mahathir menjadi pemimpin kerajaan, berapa kalikah beliau menjawab tanda tanya rakyat mengenai polisinya?

Dalam keadaan tertentu jawapan Dr Mahathir adalah dalam bentuk tindakan menyumbat mereka ke dalam penjara. 

Perlu dijelaskan, tindakan mengungkit kisah lama ini bukan bermaksud untuk berlaku ad hominem pada Dr Mahathir dan pandangan mutakhirnya. Ia sekadar memberi peringatan pada generasi sekarang, jangan sesekali letakkan rasa percaya pada mana-mana politikus (baca: pemimpin palsu).

Mereka ini semua membawa agenda peribadi biarpun setulus dan selunak mana khutbah yang disampaikan kepada rakyat. 

Jika Mahathir risau terhadap wang negara yang lenyap di bawah pentadbiran Najib, tidak ada salahnya kita bertanya berapakah nilai wang yang lesap ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri? 

Antara 1981 hingga 1986, negara gempar dengan skandal Maminco yang menyaksikan negara kerugian RM1.6 bilion. Maminco adalah syarikat yang dibina untuk menguruskan hal ehwal perindustrian dan perniagaan timah negara, selain cuba mengawal harga timah dunia.

Untuk menutup kegagalan itu kerajaan menubuhkan syarikat Makuwasa Securities untuk menguruskan kerugian dengan memanipulasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Bacalah halaman 38 Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen Malaysia bertarikh 27 Oktober 1986 yang memetik ucapan Lim Kit Siang: “… skandal pembelian bijih timah secara misteri oleh Maminco di London pada tahun 1981 dan pelaburan KWSP Makuwasa yang melibatkan wang simpanan RM5 juta pencarum KWSP yang mengakibatkan KWSP mengalami kerugian sebanyak $9.9juta.” – Lim Kit Siang, Penyata Rasmi Parlimen (27 Oktober 1986).

Sambung Kit Siang lagi, perdana menteri berjanji menjelaskan segala episod pembelian bijih timah secara misteri di London pada 1981 di Parlimen, tetapi sehingga 1986 penerangan masih belum dibuat.

Kit Siang kemudian bertanya kepada Dr Mahathir, mengapakah kerajaan memungkiri janjinya. 

(Lucunya, hari ini Dr Mahathir bertanya soalan yang sama kepada Najib.)


Banyak tidak boleh dilupa

Jika berat sangat mahu menyelak helaian hansard, Google sahaja kata kunci “skandal Maminco”.

Tentu ratusan dapatan Google muncul untuk membantu kita memahami penyelewengan dimaksudkan.

Tindakan membisu Dr Mahathir bukan hanya mengenai Maminco. Dia juga membisu seribu bahasa mengenai pelbagai skandal kemudiannya.

Baca, kaji dan fikir mengenai kehilangan RM2.5 bilion dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) sehingga terbunuhnya Jalil Ibrahim di Hong Kong pada 1983 dan kegagalan syarikat Perwaja Steel sehingga mencatat kerugian RM10 bilion pada akhir 1980-an.

Juga jangan sesekali kita lupa ketika negara kerugian hampir RM30 bilion akibat kesilapan permainan tukaran wang asing oleh Bank Negara pada awal 1990-an.

Selain itu elok juga ditanyakan siapakah Tajudin Ramli yang dilantik Dr Mahathir untuk mengetuai Malaysia Airlines (MAS) sehingga syarikat penerbangan itu hampir tutup kedai akibat kerugian sebanyak RM9.4 bilion. – Roketkini.com

https://www.roketkini.com/2015/06/08/26586/
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget