NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila pilihan raya? Najib tanya pengamal media


KUALA LUMPUR: Belum sempat pengamal media membuka mulut bertanyakan soal tarikh pilihan raya umum, Perdana Menteri Najib Razak secara berseloroh bertanyakan soalan demikian terlebih dahulu kepada  mereka.

Interaksi itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis istiadat pembukaan  Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika itu Najib yang berjalan keluar daripada Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen diiringi isterinya Rosmah Mansor bertanya kepada pengamal media : “Bila ‘election’ (pilihan raya)?”.

Sapaan spontan Najib itu dibuat sebaik sahaja beliau lihat sekumpulan pengamal media yang berusaha menghampirinya untuk bertanyakan sesuatu sebelum pemimpin negara itu beredar menaiki kenderaannya.

Pertanyaan spontan itu disambut dengan gelak ketawa para pengamal media.
Sesi Parlimen kali ini akan bersidang selama 20 hari dan akan menjadi sesi terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan.


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo