NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berakhirnya era Facebook?



SAN FRANCISCO 26 Mac – Satu tinjauan pendapat mendapati hampir separuh rak­yat Amerika Syarikat (AS) percaya Facebook mematuhi undang-undang privasi negara ini, manakala 60 peratus warga Jerman bimbang media sosial itu memberi impak yang negatif kepada sistem demokrasi.

Berdasarkan kaji selidik Reuters dan Ipsos secara dalam talian, 41 peratus rakyat negara ini percaya Facebook mematuhi undang-undang untuk melindungi data peribadi pengguna.

Bagaimana, ia kurang jika dibandingkan kepercayaan pengguna terhadap syarikat Amazon.com Inc., sebanyak 66 peratus, Google 62 peratus dan Microsoft Corp., 60 peratus.

Kaji selidik itu dilakukan selama tiga hari sejak Rabu lalu melibatkan kira-kira 2,237 responden.

Selain itu, kaji selidik di Jerman oleh syarikat pengiklanan Kantar EMNID dan diterbitkan oleh akhbar mingguan, Bild me­nunjukkan hanya 33 peratus menyatakan Facebook mempunyai kesan positif terhadap demokrasi manakala 60 peratus lagi menyatakan sebaliknya.

Rangkaian media sosial terbesar itu kini berdepan dengan cabaran kawalan kerajaan di Eropah dan AS, selain berusaha memulihkan semula reputa­sinya dalam kalangan pengguna, pengiklan, ahli politik dan kumpulan pelabur.

Senator AS, Mark Warner yang juga ahli Jawatankuasa Perisikan Senat dalam satu temu bual dengan NBC semalam berkata Facebook tidak berterus terang sepenuhnya tentang bagaimana firma Cambridge Analytica menggunakan data pengguna menerusi media sosial tersebut sambil mengesa Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memberi penjelasan lanjut.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi dikritik rakyat negara itu apabila didakwa berkongsi data pengguna tanpa kebenaran mereka dengan pihak ketiga iaitu sebuah syarikat milik AS.

Bagaimanapun, parti peme­rintah, Bharatiya Janata (BJP) menafikannya dan menegaskan bahawa data pengguna hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan terperinci bagi menawarkan perkhidmatan yang terbaik. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo