Benarkah Baru Bian tidak mempunyai agenda Kristian?


Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusoff

SUNGGUH melucukan sekali bila membaca kenyataan media Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, mengenai isu kes pemurtadan empat penganut Islam Sarawak yang disiarkan di dalam blog beliau, Suara Sarawak, bertajuk “Apostasy Cases: Setting The Record Straight”.

Kata Baru Bian, mereka yang menuduh beliau mempunyai agenda Kristian dengan mewakili empat individu ini secara percuma adalah pembohong kerana beliau berbuat demikian atas kapasiti profesional beliau sebagai seorang peguam dan menerima bayaran profesional.

Kata Baru Bian lagi, beliau akan terus mempertahankan kebebasan beragama di Sarawak selagi mampu selaras dengan tanggungjawab beliau untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Turut ditunjukkan adalah Sijil Sumpah/Ikrar sebagai Adun yang beliau lafazkan di hadapan Speaker DUN pada 7 Jun 2016 yang menyebut beliau “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan”.

Sebenarnya, persoalan sama ada Baru Bian mempunyai agenda Kristian atau tidak tiada kaitan dengan persoalan beliau menerima bayaran profesional di atas khidmat guaman yang beliau berikan kepada empat individu yang mahu menukar agama ke Kristian ini.

Sijil Sumpah/Ikrar sebagai Adun yang menyebut Baru Bian “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan” juga tidak boleh digunakan sebagai bukti bahawa beliau tidak mempunyai agenda Kristian.

Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu” dan Perkara 5(6) Perlembagaan PKR menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi”.

Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi rasmi seperti di dalam kenyataan media rasmi Baru Bian selaku Pengerusi PKR Sarawak ini?

Begitu juga dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan Perkara 5(5) Perlembagaan PKR yang menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “menghayati Islam sebagai agama Persekutuan”.

Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang bercanggah dengan penghayatan ke atas Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengedarkan secara percuma hampir 50,000 Kitab Injil Kanak-Kanak kepada anak-anak di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding di Sarawak seperti yang dibuat oleh Baru Bian di dalam PRU 2013?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengakui dilatih dan dilengkap untuk berkhidmat memperjuangkan ajaran Kristian di Malaysia, selain menyeru bekas ahli Felo Kristian Seberang Laut lain supaya pulang ke Malaysia seperti yang dibuat oleh Baru Bian?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila menyebut bumi Sarawak akan diberikan kepada orang-orang Kristian sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, selaras jaminan Tuhan kepada orang-orang Israel di dalam Kitab Injil seperti yang didakwa oleh Baru Bian?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila sering disebut mengenai kewujudan “suara ghaib” yang meramalkan bahawa “Baru Bian akan mengetuai rakyat (Sarawak) seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel” seperti yang didedahkan sendiri oleh Baru Bian?

Amat pelik bila Baru Bian mahupun mana-mana pemimpin PKR lain langsung tidak berani untuk mengulas semua pendedahan yang pernah beliau sendiri buat di dalam buku “Long Awakening”, sebuah buku yang hanya boleh diperolehi di kedai-kedai buku Kristian ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff merupakan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM)\


________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget