NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagan Datuk: Majlis Daerah ke-12 diPerak mula beroperasi



BAGAN DATUK 18 Mac - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan Majlis Daerah Bagan Datuk telah diluluskan oleh kerajaan negeri dua minggu lalu. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kelulusan yang dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada 7 Mac lalu itu membolehkan Bagan Datuk menguruskan hal ehwal pentadbirannya secara sendiri di Simpang Tiga, Rungkup di sini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, sebelum ini daerah baharu ke-12 di negeri ini itu di bawah Daerah Hilir Perak yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). 

"Alhamdulilah, bukan hanya sebagai sebuah daerah Bagan Datuk, dua minggu lalu exco kerajaan negeri Perak meluluskan pembentukkan Majlis Daerah Bagan Datuk yang mengambil alih tugas MPTI. 

"Ertinya selepas ini kita akan dapat uruskan hal ehwal kita sendiri tanpa bergantung pada pihak lain lagi," katanya. 

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal sempena sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun (SKSS), di sini malam ini. 

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin dan Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk, Sulaiman Samsudin. 

Sementara itu, sempena sambutan 100 tahun SKSS, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaiktaraf kemudahan di sekolah berkenaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo