NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Astro Awani: Suatu pembaziran jika teruskan perkhidmatan Lim Kit Siang - Pensyarah


KUALA LUMPUR: Tindakan meneruskan perkhidmatan Lim Kit Siang sebagai wakil rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dianggap sebagai suatu pembaziran memandangkan beliau dilihat tidak lagi relevan dalam konteks politik dan ekonomi negara hari ini, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib.

Menurutnya lagi, Lim Kit Siang memiliki rekod pencapaian yang buruk dan tidak memberangsangkan menyebabkan suatu pembaziran kepada negara jika elaun diberikan kepada wakil rakyat yang tidak bekerja. 

“Tiba masanya Lim Kit Siang berundur dan beri peluang kepada wakil DAP yang lain untuk dicalonkan dalam kawasan itu memandangkan beliau dilihat gagal dalam menyediakan perkhidmatan terbaik di kawasan Gelang Patah.

© all rights reserved
made with by templateszoo