NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa rahsia PAS tiada rasuah?




MARANG - Pas yang memimpin Kelantan selama 28 tahun menjadi bukti sifat kepimpinan Pas berpandukan Islam dan bebas rasuah dalam pemerintahan berbanding dengan parti lain di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, namun ia bukan sebagai tiket bagi Pas untuk berbangga sebaliknya mahu pihak lain turut berkongsi kefahaman dalam menangani masalah itu.

"Yang pertama, saya bersyukur kepada ALLAH yang telah menyelamatkan pimpinan Pas yang diberi amanah untuk memerintah negara daripada disiasat.

"Yang kedua, saya ucapkan terima kasih kepada menteri berkenaan kerana memberikan jawapan yang terbuka namun kita tidak mahu berbangga diri.

"Kita tidak mahu berbangga, apa yang perlu ialah supaya pihak lain berkongsi kefahaman dalam menangani masalah rasuah ini," katanya mengupas isu siasatan rasuah membabitkan parti politik, malam tadi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa 92 pemimpin parti politik disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Fakta menunjukkan bahawa 71 orang darinya adalah dari BN manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Harapan dan ia secara tidak langsung mengiktirafkan pemimpin Pas sebagai bebas rasuah.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, apa yang penting adalah kita menganggap bahawa Islam adalah sempurna dalam semua perkara, dalam kriteria kita, ada kait dengan dosa dan pahala.

Menurutnya, Islam bukan dengan amal ibadat sahaja tetapi juga berkait dengan politik.

"Di sinilah setiap wakil rakyat Pas, setiap petugas Pas dibaiahkan diikat setia dengan perjanjian dengan nama ALLAH supaya menunaikan tanggungjawab di atas nama agama, patuh perintah agama, tidak khianat.

"Bukan sahaja dalam aspek aspek yang sempit tetapi termasuklah dalam ruang yang luas dalam menjalankan tugas tugas mereka bila diberikan amanah untuk memerintah negara," katanya.

Abdul Hadi berkata, tiap-tiap orang dalam kalangan ahli Pas apabila dilantik menjadi wakil rakyat, dilantik menjadi pemimpin mengganggap itu adalah perkara agama dan tidak boleh melakukan kesalahan.

Beliau berkata, sama ada di hadapan mata manusia atau tidak ada manusia kerana Pas menggangap perkara itu berkait dengan ALLAH, berkait dengan hari akhirat dan berkait percaya pada yang ghaib.

"Saya sebut sebagai satu contoh, Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, biar saya dedahkan di sini, pernah menceritakan kepada saya semasa beliau baru menjadi menteri besar negeri Kelantan.

"Ada orang datang berjumpa dengannya untuk memberikan duit dengan jumlah yang begitu besar, hanya Tok Guru dengan orang itu sahaja. Maknanya orang tidak tahu, SPRM tak ada.

"Tok Guru menunjukkan muka yang masam, marah dan geram sambil menceritakan kepada saya. Tok Guru ingat pada ALLAH. Ini satu contoh, kena ambil pengajarannya, yang hidup kena ikut dia," katanya.

Beliau berkata, kerana sikap pemimpin itu, Pas dapat memerintah Kelantan selama 28 tahun tanpa rasuah walaupun dalam keadaan kewangan disekat dan hanya jatuh akibat salah laku pihak lain terhadap PAS.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo