7 Tuntutan Kedaulatan Islam Sejuta Umat


Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memartabatkan kedaulatan Islam sebagai agama negara (Perkara 3 Fasal 1 – Islam ialah agama bagi persekutuan), malah perlembagaan persekutuan mewajibkan negara ini memelihara kedaulatan agama Islam setiap masa. Perkara 37 fasal 1 mewajibkan ketua tertinggi negara, Baginda Yang Dipertuan Agung untuk melafazkan sumpah negara dengan lafaz suci lagi Rabbani – Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada setiap masa. 

Sejak merdeka hingga kini rakyat dan pemimpin negara dimomokkan dengan persepsi salah, kononnya Islam hanya sekadar agama rasmi untuk maksud upacara sahaja dan kononnya negara malaysia adalah sebuah negara sekular. 

[ads-post]

Akibatnya agama Islam sering ditentang dan diperlekehkan hingga wujud kelompok-kelompok sekularis, liberalis, pluralis serta ekstremis kristian yang telah dan sedang disemai semangat dan tekad mereka untuk menukar agama negara ini dan pemerintahan negara dibina atas keagungan tuhan mereka - Jesus Christ! 

Walaupun tekad dan perjuangan sesat ini jelas bercanggah dengan perlembagaan dan bersifat penderhakaan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan, kerajaan sama ada menerusi pdrm, mkn, kdn atau Jabatan Peguam Negara masih gagal menunjukkan ketegasan untuk memelihara kedaulatan negara dari ancaman musuh yang dipengaruhi Zionis Kristian ini. 

Justeru umat Islam menuntut kerajaan dan semua pihak yang ada kaitan dengan politik dan pemerintahan negara menegaskan komitmen kesetiaan kepada raja dan negara menerusi aku janji bagi menunaikan kewajipan berikut – 


1.Berpegang teguh kepada prinsip daulatkan Islam agama negara;

2. Menghormati prinsip-prinsip ajaran Islam sebagai agama negara; 

3. Menunaikan kewajipan-kewajipan yang tersurat atau yang tersirat bagi memelihara kedaulatan agama Islam;

4. Menjauhi dan menolak sebarang bentuk kritikan yang bersifat penghinaan atau memperlekeh kesucian agama Islam dan mengambil tindakan drastik untuk menghalang dan menghakisnya.

5. Menyemai semangat menghormati kedaulatan Islam dan Rukun Negara di kalangan rakyat malaysia dan di persada antarabangsa.

6. Mengambil langkah-langkah aktif bagi mencegah dan menghakis sebarang bentuk perencanaan atau kegiatan yang berunsurkan ancaman terhadap kedaulatan Islam;

7. Mengambil tindakan dan langkah positif secara berintegriti ke arah menyemarak dan memperkukuhkan kedaulatan agama Islam;

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget