NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

38 Ahli DAP Kampar Dan Tapah Isytihar Keluar Parti



KAMPAR, 3 Mac -- Sejumlah 38 ahli DAP Kampar dan Tapah mengisytiharkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta hari ini setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Turut bertindak demikian Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama parti itu melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang.

Mereka kemudian menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan hari ini.

Richard Leong berkata mereka tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim itu menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

"Kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh kami (pembangkang) ekoran pelbagai tindakannya termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim". --Bernama







________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo