NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

33 pemimpin PPBM Kota Bharu sertai PAS


KOTA BHARU: Krisis melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini menular ke Kelantan apabila Naib Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min bersama 33 pimpinan utama parti itu dari bahagian sama menyertai PAS beramai-ramai.

Mereka juga mengisytiharkan hilang keyakinan kepada PPBM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, juga hilang kepercayaan terhadap Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman di mana kini mengetuai PPBM Kelantan.

Katanya, beliau bersama enam ahli jawatankuasa termasuk Ketua Srikandi PPBM Kota Bharu, Noormala Abdul Kadir, Setiausaha Srikandi Bahagian, Hamidah Yaacub bertindak keluar parti.

“Lebih puluhan ahli yang lain turut sama menyatakan ketidakyakinan kepada PPBM Kota Bharu. Ada 12 Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang turut sama bersama-sama saya.

"Kami cukup kecewa dengan sikap Tun yang kelihatan terlalu mengutamakan parti chauvinis DAP,” katanya pada sidang media selepas menyerahkam borang menyertai PAS kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan, di sini petang ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan Timbalan YDP Kota Bharu, Dato’ Dr Ramli Mamat. – HARAKAHDAILY 20/3/2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo