NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WINS2051; Penyelesaian Masalah Cukai Yang Membebankan?



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

(a) Barisan Nasional memperkenalkan sistem percukaian GST yang bercanggah dengan Islam, bahkan membebankan rakyat. Sekalipun mereka menjamin harga barang akan turun, tapi hakikatnya ia melambung.

(b) Pakatan Harapan yang dikatakan ramai profesional pula berjuang ke arah menghapuskan GST, dan mengembalikan SST. Iaitu percukaian yang haram juga, dan membebankan rakyat.

(c) PAS yang memimpin Gagasan Sejahtera yang dikatakan parti lebai dan kampung, memperjuangkan penghapusan GST dan SST kerana kedua duanya diharamkan oleh Islam, yang menyebabkan kekayaan negara terbeku di dalam poket orang-orang kaya sahaja.

PAS memperkenalkan percukaian untuk syarikat syarikat besar dan juga bursa saham. Sebagai contoh, tahun 2017 pusingan nilai perniagaan saham BSKL berjumlah RM1.8 trilion, yang sepatutnya dikenakan cukai bagi memulihkan ekonomi negara. Bukannya dengan membebankan rakyat.

Inilah contoh "kekayaan yang terbeku" dan PAS memperkenalkan sistem cara Islam yang mencairkan kekayaan yang terbeku seperti ini supaya mengalir dan dikongsi bersama rakyat, bertepatan sistem aliran kekayaan negara berdasarkan Firman Allah SWT;

Ł…َّŲ§ Ų£َŁَŲ§Ų”َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِŁ‡ِ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±َŁ‰ٰ ŁَŁ„ِŁ„َّŁ‡ِ ŁˆَŁ„ِŁ„Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„ِ ŁˆَŁ„ِŲ°ِŁŠ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْŲØَŁ‰ٰ ŁˆَŲ§Ł„ْŁŠَŲŖَŲ§Ł…َŁ‰ٰ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…َŲ³َŲ§ŁƒِŁŠŁ†ِ ŁˆَŲ§ŲØْŁ†ِ Ų§Ł„Ų³َّŲØِŁŠŁ„ِ ŁƒَŁŠْ Ł„َŲ§ ŁŠَŁƒُŁˆŁ†َ ŲÆُŁˆŁ„َŲ©ً ŲØَŁŠْŁ†َ Ų§Ł„ْŲ£َŲŗْŁ†ِŁŠَŲ§Ų”ِ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ْ ۚ ŁˆَŁ…َŲ§ Ų¢ŲŖَŲ§ŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„ُ ŁَŲ®ُŲ°ُŁˆŁ‡ُ ŁˆَŁ…َŲ§ Ł†َŁ‡َŲ§ŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ ŁَŲ§Ł†ŲŖَŁ‡ُŁˆŲ§ ۚ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ۖ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŲÆِŁŠŲÆُ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِ (7)

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Surah al Hasyr ayat 7)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo