NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

`Tak rela Tun M jadi PM'


PORT DICKSON: PAS yakin dapat menawan tiga negeri pada Plihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan tidak mustahil dapat membentuk kerajaan.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin, berkata PAS tidak terikat dengan mana-mana pakatan, sekali gus membolehkannya bertanding di mana-mana kerusi yang diyakini boleh menang.

Beliau berkata, PAS tidak terikat dengan mana-mana parti yang akan bertanding di bawah Gagasan Sejahtera, yang turut dianggotai Parti Cinta Malaysia serta lebih 200 NGO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa berkata, PAS juga lega tidak bersama Pakatan Harapan, yang meletakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

"Ada hikmahnya Presiden dan Majlis Syura Ulamak membuat keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan kerana kita tidak rela Tun Dr Mahathir diangkat menjadi PM.

"Kita bersyukur PAS membuat keputusan yang tepat tidak menyertai Pakatan Harapan, malah kita boleh bertanding di mana sahaja kerusi yang diyakini boleh menang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penerangan pertama anjuran parti itu di Markas PAS Teluk Kemang, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Bendahari PAS Negeri Sembilan, Mustafa Dolah dan Yang Dipertua PAS Teluk Kemang, Abdul Fatah Zakaria.

Sementara itu, Mustafa berkata, PAS akan bertanding di semua kerusi dalam Parlimen Teluk Kemang pada pilihan raya umum akan datang.

Ia membabitkan satu kerusi parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Port Dickson, Chuah, Lukut dan Bagan Pinang.

Pada PRU-13, PAS hanya bertanding di DUN Bagan Pinang, namun tewas kepada BN dalam pertandingan satu lawan satu.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo