NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tak mahu terlibat kembalikan kuasa DAP di Perak - Hamidah



"SAYA adalah antara orang yang bersusah payah berusaha untuk kembalikan balik kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada DAP pada tahun 2008. Kali ini, saya tidak mahu terlibat lagi untuk mengembalikan kerajaan Perak kepada DAP."

Demikian kata bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman ketika mengulas pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)


Perak dalam Pakatan Harapan diketuai DAP di negeri ini untuk Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) yang jelas memihak DAP.

Berdasarkan pengagihan tidak rasmi itu yang tular di laman sosial, DAP mendapat 18 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 14, PKR 14 manakala PAN 13 kerusi.

Melihatkan pengagihan kerusi DUN Pakatan Harapan, DAP bertanding di kubu-kubu kuat mereka yang sudah pasti mudah untuk dimenangi manakala parti lain khususnya PPBM dan PAN bertanding di kawasan yang sukar untuk dimenangi.

Jika Pakatan Harapan menang, DAP lah yang sebenarnya akan memerintah dengan melantik Menteri Besar boneka seperti mana ketika pakatan pembangkang berkuasa di Perak selama 11 bulan pada 2008 selepas Pilihan Raya Umum (PRU-12).

Jelas Hamidah, jika Pakatan Harapan menang di Perak, PAN dan PPMM akan jadi minoriti manakala DAP menjadi majoriti bermakna peristiwa 11 bulan pada 2008 akan berulang.

“Saya berharap pengundi Melayu fikir panjang dan ingat balik bagaimanana

ketika tahun 2008. Kerajaan negeri yang diperintah pembangkang ketika itu perjuangkan hak milik tanah kekal selama 999 tahun. Perkara ini akan berulang.

“Ia adalah antara sebab saya tinggalkan PPBM. Saya sudah nampak di Perak ini akhirnya kesudahan keuntungan akan berpihak pada DAP,” katanya.

Hamidah sehubungan itu meminta orang Melayu berfikir panjang supaya jangan sampai mahu menang sorak, kampung tergadai jika memilih pembangkang dalam PRU-14.

“Dalam kita menghadapi kemarahan, kita kena bijak jangan sampai jadi begitu.

“Ya... Kita mungkin rasa seronok jika dapat kalahkan UMNO dan BN tapi dalam masa sama kampung kita tergadai, hak-hak orang Melayu tergadai. Kita rasa seronok dapat lepaskan geram pada UMNO tapi hakikatnya ketika itu kita dah tak ada apa-apa,” katanya. - UTUSAN ONLINE






________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo