NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PSM umum calon 5 kerusi parlimen, 12 DUN

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan calonnya untuk lima kerusi parlimen dan 12 kerusi negeri dalam pilihan raya umum ke-14.

Menurut ahli jawatankuasa PSM, S Arutchelvan, ini adalah senarai terkini yang telah dimuktamadkan tetapi beliau menambah parti itu mungkin mengumumkan calon lain kemudian, iaitu bukan ahli parti yang ingin bertanding di bawah tiket PSM.

Beliau berkata PSM mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk bertanding di bawah tiketnya selagi mereka memenuhi tiga kriteria: bersetuju untuk mengisytiharkan aset mereka, tidak bermain politik kotor dan mesti membuka pusat khidmat di kawasan pilihan raya.

Berikut ialah senarai calon:




Arutchelvan berkata semua calon di atas adalah ahli PSM kecuali Razak yang merupakan ahli Otai Reformis tetapi akan bertanding di Seri Muda di bawah tiket PSM.


Walaupun Nasir, yang bertanding di Kota Damansara, tidak muncul di skrin apabila PSM mengumumkan senarai calon, namanya disenaraikan dalam senarai calon yang diedarkan kepada media.

Apabila ditanya, Jeyakumar berkata Nasir masih menimbangkan sama ada untuk bertanding tetapi PSM berharap dia boleh bertanding di Kota Damansara, oleh itu apa-apa perubahan berkaitan kerusi itu akan mengumumkan selepas ini.


 Sumber https://www.malaysiakini.com/news/411800#RxG6zwjoWGJG5omw.99


















________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo